Vitamin C dan Jangkitan Kuman
Pada zaman awal kemajuan manusia, kekurangan vitamin C dikaitkan dengan pneumonia. Selepas pengenalan terhadapnya, banyak penyelidikan dilakukan mengenai efek vitamin C terhadap jangkitan. Pengambilan vitamin C tidak mengurangkan kejadian batuk-selsema pada populasi umum, namun ia mengurangkan kejadian batuk-selsema sehingga setengah pada golongan yang aktif secara fizikal.
Pengambilan vitamin C secara kerap, memendekkan jangkamasa symptom batuk-selsema. Namun ianya berkadar langsung dengan dose, dose yang tinggi akan menampak hasil berbanding dose
Kesimpulan dari penyelidikan kaitan antara vitamin C dan jangkitan kuman, vitamin C memainkan peranan dalam mengelakkan, memendekken dan mengurangkan pelbagai penyakit berjangkit.
Kajian kawalan-kes (case-controlled) menunjukkan bahawa vitamin C boleh memendekkan dan mengurangkan kekerapan penyakit batuk-selsema dan dapat mengelakkannya dalam keadaan yang tertentu di dalam populasi. 5 kajian kawalan-kes menunjukkan efek yang memberangsangkan antara vitamin c dan penyembuhan pneumonia.
Vitamin C adalah selamat dan tidak susah / mahal untuk didapatkan. Berbaloi untuk diamalkan.
Tambahan pada artikel ini. Dose vitamin C yang diperlukan badan seharian ialah 100mg sehari. Namun boleh ambil 1000mg sebagai maintainance dose untuk optimumkan diri dari jangkitan. Sekiranya dalam fasa infeksi atau tidak sihat, boleh naikkan dose sehingga 4000mg sehari. Berhenti sekiranya dapat cirit birit, menunjukkan badan tidak dapat serap jika lebih dari itu. (Ikut pada kajian di atas, mereka berikan sehingga 7000 - 9000mg sehari).
Pilihan vitamin C pula, carilah yang non acidic, dalam bentuk calcium ascorbate. Bentuk ini adalah lebih mesra pada sistem penghadaman kita, dan lebih mudah diserap. Vitamin C dalam bentuk ascorbic acid, lebih tajam dan mudah menyebabkan efek sampingan seperti pedih perut.
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
01155167293 / 0162894717
Klinik Taqwa Bangi
01155167293 / 0162894717
terjemahan pendek dari kajian ini;
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5409678/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5409678/