Sunday, May 31, 2020

PLANTAR FASCIITIS


Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama?

Itu adalah salah satu tanda yang sering dialami bagi yang ada masalah ini.

Plantar fascia adalah ligament, iaitu jaringan tissue yang tebal dan kuat, menghubungkan tulang tumit pada tulang depan tapak kaki. Keadaan plantar fasciitis adalah di mana ligament ini mengalami peradangan, dan mengakibatkan rasa sakit  pada masa masa tertentu.


Faktor risiko

- obese

- kasut yang keras, dan leper

- aktiviti yang berulang dan impak tinggi (berlari / jogging)

- aktiviti fizikal baru

- keadaan tapak kaki yang terlalu leper (pes planus) atau sisi kaki yang terlalu tinggi (pes cavus)

- angkat barang dan berdiri lama

- berjalan kaki ayam

Tanda dan gejala

-  sakit pada tapak kaki berhampiran tumit

- sakit kaki terutama beberapa langkah pertama selepas bangun dari tidur / rehat yang lama

- sakit lebih kuat selepas aktiviti (bukan sewaktu)

Rawatan

1. tuam dengan ais

2. kurangkan berat badan

3. regangan dan stretching yang bersesuaian (lihat gambar)

pijak dan pusingkan tin dengan tapak kaki. boleh lakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur, sebelum mulakan langkah pertama. lakukan 1 minit untuk 3 kali, dengan 30 saat rehat di antaranya.


4. pakai selipar yang lembut di dalam rumah / tempat kerja

5. pilih kasut yang mempunyai tapak yang lembut, tebal dan menyokong bentuk dalam kaki, kalau tak boleh tukar kasut, cari insert dalam kasut

6. ambil makanan yang kurangkan peradangan, supplement yang dicadangkan termasuk curcumin (dalam kunyit), minyak ikan (omega 3), magnesium chelate

7. sapu magnesium oil / butter dan lakukan urutan. 

urut dan regangkan tapak kaki sebelum berjalan pada waktu pagi selama 1 min, 3 kali, rehat 30 saat di antaranya. saya galakkan urutan dilakukan dengan magnesium oil / butter untuk hasil terbaik.

8. splint pada waktu malam (night splint)

9. ubat tahan sakit (untuk menghilangkan sakit, tidak merawat)

Berikut adalah antara rawatan yang boleh diterima untuk masalah plantar fasciitis. Cadangan saya, lihat pada punca utama yang menyebabkan masalah terjadi, dan rawatlah dari punca tersebut. Ramai pesakit yang mengamalkan ubat tahan sakit yang berulang-ulang untuk masalah ini, yang bagi saya hanyalah penyelesaian sementara.

Kenalilah badan anda, jagalah ia dengan sebaik mungkin.

Dr. Aimi Jaafar

Klinik Taqwa Bangi

credit https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3951039/


No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...