Thursday, July 18, 2019

DAH SAKIT, MAKANAN PENTING KE UBAT PENTING?


“Pastikan makan semua jaga ya. Jangan tak makan pulak, nanti lagi lambat baik”.
“Ok Dr. Yela, nak makan ubat kena makan dulu kan”.

Beberapa kali juga bila saya tekankan tentang pemakanan, pesakit akan membuat kesimpulan yang saya maksudkan adalah makan ubat. Padahal sebenarnya saya lebih pentingkan pemakanan makanan seharian itu.

Bila kita sakit, memang selalunya selera makan akan menurun. Mungkin disebabkan sakit itu sendiri. Tekak sakit, rasa loya, perut tak sedap, etc. Tapi apabila kita tidak makan, tidak dapat air, garam, nutrisi, tenaga yang sepatutnya, sistem pertahanan badan akan turut menurun. Lambat lah proses penyembuhan berlaku.

Makan ubat? Ya boleh. Tapi selalunya ubat bersifat symptomatic. Habis efek ubat, symptom pun datang balik. Kenapa? Pasal badan tak bertenaga nak lawan lagi.

Antibiotic pula bukan jawapan kepada sembuhnya penyakit, melainkan memang punca sakitnya tu adalah disebabkan kuman bakteria. Untuk common cold / flu yang biasa, selalunya berpunca dari jangkitan virus, yang memerlukan sistem pertahanan badan sendiri untuk bekerja.

Terutama sekali untuk anak-anak kecil. Anak anak ni kalau sakit sekejap pun nampak jelas susut badannya kan? Ya, mereka sangat mudah terkesan dengan perubahan gaya pemakanan. Pastikan mereka dapat cairan yang cukup. Sekurang-kurangnya pastikan anak minum / hirup sup / makan buah. Kalau badan dalam keadaan dehydrated, sistem pertahanan badan pun kurang kuat. Tengok lidah, kalau putih tu maksudnya kurang air lah tu. Taknak minum banyak pun tak apa, tapi pastikan kerap.

Jadi seeloknya bersama-sama la. Kalau nak makan ubat pun, pastikan makanan asas tu tidak dilupakan. Jelas?



Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

Saturday, July 6, 2019

Kerana setiap pesakit itu berbeza




Ada yang berkongsi, walhal sendiri pun tak pasti bila kah itu doctor's day?
Tapi kata kata itu amat mengusik hati. Ya, itulah tugasan seorang doktor.

Bukan sekadar memberi ubat, tetapi memberi perhatian, mendengar, dan menyampaikan ilmu. Pemberian rawatan juga berbeza mengikut individu, kerana setiap orang lain keperluan dan susun atur badannya.

Kami berharap semua yang melangkah keluar dari klinik kami mendapatkan sesuatu yang berguna untuk keluarga dan diri sendiri.

Kesihatan bukan sahaja dicari apabila sakit, tetapi diusahakan sewaktu sihat. Oleh itu, perkongsian ilmu itu penting.

Apa yang kami harapkan, boleh membantu sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, atau sebarang kemusykilan yang perlukan jawapan.

KPI kami adalah, kepuasan dan kesihatan yang berkualiti buat anda sekeluarga.

Sekiranya ada kekurangan, mohon diberitahu, agar dapat dipertingkatkan lagi kualiti di pihak kami.
Klinik Taqwa.

Personalized health care. Kerana setiap pesakit itu berbeza.

Dr. Aimi binti Jaafar
Klinik Taqwa, Bangi

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...