Wednesday, April 29, 2020

BILA ANAK BERSEDIA UNTUK PUASA?


Ramadan semakin hampir

Bagaimana dengan persediaan anak-anak kita,adakah mereka sudah bersedia berpuasa seperti orang dewasa?

Jom dengar apa kata Dr.Aimi Jaafar dari sudut kesihatan




#tipskesihatan #ramadan1440H
#digitaltvh
#tvhijrah

BENGKAK SUSU



Ramai yang membicarakan tentang sakitnya bersalin, namun tak ramai yang bercerita mengenai perjuangan yang berterusan setelah itu.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman 31:14)

Dalam Al Quran sebenarnya telah Allah s.w.t sebutkan, mengenai perjuangan dari mengandung, sehingga akhir penyusuan, dalam anggaran 2 tahun setiap anak. Oleh sebab itu juga kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa kita.

Namun saya ingin bercerita mengenai sakit yang dihadapi dalam lebih kurang 1 minggu pertama setelah melahirkan. Rata-rata ibu akan mengalami sakit ini, iaitu sakit bengkak susu.


Pada awal usia si bayi, susu ibu yang diterima terus adalah susu kolustrum. Iaitu susu yang pekat, paling tinggi nutrisi dan pertahanan imun. Setelah beberapa hari, dengan stimulasi yang berterusan dari bayi, susu ibu akan mula banyak. Harus diingat, bahawa bengkak susu adalah normal. Namun begitu, cara tangani bengkak susu yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti abses, depression, dan kegagalan penyusuan badan.

1. Tuam
Tuam dengan air sejuk boleh membantu kurangkan sakit.
Tuam dengan air panas pula akan bantu untuk melancarkan aliran susu dan darah.
Boleh dilakukan secara selang seli mengikut keadaan. Namun digalakkan untuk lakukan tuam panas sebelum urutan / penyusuan. Dan tuam dengan air sejuk setelah penyusuan.

2. Urutan
Sewaktu payudara membengkak, akan dapat dirasa juga gumpalan dan benjolan pada payudara.
Letak minyak, dan lakukan urutan untuk pecahkan benjolan ini. Lakukanlah urutan berpusat pada benjolan, sehingga benjolan semakin kecil, dan seterusnya tekanan diturunkan ke arah puting. Lakukan urutan ini pada setiap benjolan yang dapat dirasakan pada payudara.
Boleh dapatkan khidmat urutan laktasi sekiranya ada di tempat anda.

3. Perahan
Seeloknya lakukan perahan menggunakan tangan (marmet), berbanding perahan dengan pam. Perahan dengan tangan boleh dilakukan bersamaan dengan urutan. Tidak perlu perah sehingga payudara kosong, hanya sehingga payudara kurang tegang.

Penggunaan pam boleh menyebabkan overstimulation dan oversupply pada payudara yang menyebabkan penghasilan susu berterusan banyak.

4. Berikan susu pada bayi mengikut kadar keperluannya (on demand)
Badan dan hormon ibu sedang belajar berapa keperluan bayi, susu akan dihasilkan mengikut demand. Sekiranya ibu berhenti menyusukan, susu akan turut berhenti.

5. Mandi air panas
Selain bantu melancarkan aliran susu, ini juga boleh bantu ibu lebih relax dan kurang rasa stress. Kawalan emosi dan stress ibu adalah sangat penting.

6. Hisapan bayi yang optimal
Pastikan juga hisapan anak adalah efektif dan efisien untuk mengelakkan payudara tidak kosong seperti yang dikehendaki. Boleh dapatkan khidmat kaunselor laktasi untuk kenalpasti keadaan ini.
Selalunya setelah 2 – 3 hari, bengkak susu akan reda, dan penghasilan susu akan terhasil mengikut keperluan (demand – supply).

Sekiranya ada bahagian yang mulai merah, sakit, dan ibu mulai demam, jumpalah doktor dengan segera. Mungkin ada jangkitan yang memerlukan penggunaan ubat ubatan.

Penyusuan adalah sambungan kepada episode perjuangan sebelumnya. Jalan dan kisahnya tidak sama buat semua, namun setiap ibu yang melahirkan, ataupun tidak (induced lactation), berpeluang untuk melaluinya. Bengkak susu boleh menjadi permulaan yang ngeri buat sesetengah ibu, jadi saya kongsikan tips ini dengan harapan ibu-ibu dapat mengatasi rintangan yang ini, ke muka surat seterusnya.

Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan buat ibu-ibu sekalian

Dr Aimi Jaafar
Pegawai perubatan
Kaunselor laktasi

Friday, April 24, 2020

Ajar Anak Puasa



Bulan puasa ni sudah pasti ada ibu bapa yang memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar berpuasa.

Nak tak nak, mesti ada juga kes puasa setengah hari, terutamanya bagi yang baru pertama kali mahu cuba berpuasa.

Apakah cara ibu bapa memberi sokongan kepada mereka?

Di sini saya kongsikan beberapa tips dan cadangan.

Pertama sekali, ibu bapa harus terangkan mengapa kita harus berpuasa, dan apakah manfaatnya.

Persediaan berpuasa, di malam hari dan sahur;
1, Pastikan anak bangun sahur bersama ibu bapa
2. Makanan sahur harus cukup kalori, dan berkhasiat. Pastikan ada karbohidrat, protein dan serat.
3. Boleh ajar anak makan kurma. Kurma mempunyai kalori yang tinggi dan banyak zat mineral yang boleh membantu berikan tenaga sewaktu berpuasa.
4. Galakkan anak minum air kosong dengan kerap sewaktu malam hari. Bukan kuantiti yang banyak. Sedikit, tetapi kerap.

Setelah anak mula berpuasa, di siang hari;
1. Berikan pujian kepada anak atas usahanya.
2. Lakukan aktiviti yang anak suka supaya dirinya tidak focus pada rasa lapar.
3. Sekiranya anak minta untuk makan / minum, cuba beri cadangan masa seperti jam 1pm. Dan setelah sampai jam 1pm, tanya sekiranya anak boleh bertahan lagi sehingga jam 3pm, dah seterusnya.

Kalau anak kelihatan tidak tahan, menangis, lemah;
1. Benarkan anak untuk minum air dahulu. Sekiranya anak kelihatan ok setelah minum air, lanjutkan puasanya.
2. Sekiranya anak tak tahan lapar setelah minum, berilah anak makan 1 kali makanan yang sihat dan mengenyangkan. Lanjutkan puasa lagi selepas itu.
3. Galakkan anak untuk sambung puasa dan tidak asyik mengunyah walaupun sudah berbuka.

Nota kaki;
1. Kalau boleh jangan beri anak makan biskut / roti untuk alas perut hilangkan lapar.
2. Pemakanan yang tidak konsisten dan diselang seli dengan jajan boleh menyebabkan imuniti badan terganggu dan mencetus penyakit,
3. Jangan paksa anak sekiranya dirinya belum bersedia.
4. Boleh berikan ganjaran yang positif untuk menggalakkan anak ingin berpuasa.
5. Janganlah menakut-nakutkan anak sehingga dirinya rasa bersalah untuk makan walaupun tidak larat.

Jom kongsikan juga pengalaman dan tips anda sekiranya ada.
Selamat berpuasa dan beribadah kepada semua. Semoga kita semua dapat manfaat berpuasa yang optima, dan dapat kecapi manisnya Ramadan kali ini, InsyaAllah.

Dr Aimi Jaafar
Pegawai Perubatan
Klinik Taqwa Bangi
011-55167293

Wednesday, April 15, 2020

BREAST ABSCESS


Nanah yang disedut dari payudara ibu yang mengalami bengkak susu.
Sekiranya anda mengalami masalah penyusuan, dapatkanlah bantuan secepatnya!



 Bengkak susu boleh menjadi abscess sebegini terutamanya disebabkan susu yang banyak tetapi tidak dikeluarkan. Boleh jadi akibat saluran susu yang tersumbat (blocked duct), susu mengeras di puting (nipple bleb), over supply, dan lain lain.

Yang penting sekiranya ada ketulan dan rasa sakit di payudara, dapatkan bantuan cepat. Boleh dielakkan dari jadi jangkitan.


Tanda yang sudah ada jangkitan pula, ibu boleh demam, payudara merah, sakit sangat, keras / lembut seperti ada air. Selalunya memerlukan penggunaan antibiotik untuk bunuh kuman. Sedutan / torehan untuk buang nanah tergantung keadaan. Sekiranya nanah terlalu banyak dan bahagian yang berkaitan adalah besar, pembuangan nanah seeloknya dilakukan di hospital.

Dr Aimi Jaafar
Pegawai perubatan
Kaunselor laktasi
Klinik Taqwa Bangi

Friday, April 3, 2020

BABYWELLNESS KLINIK TAQWA BANGI


Program Baby / Child Wellness di Klinik Taqwa Bangi dilakukan dengan terperinci dan komunikasi 2 arah dengan ibubapa digalakkan untuk manfaat anak.


Sertailah program kami dan jadi sebahagian dari keluarga Klinik Taqwa Bangi 😉
https://kliniktaqwabangi.wasap.my/ untuk keterangan lanjut

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...