Wednesday, February 20, 2019

FIKIR SEBELUM CAKAP



Ada beberapa insiden dalam kehidupan saya yang menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam berucap, mahupun menulis. Kadangkala kita sangat mudah berkata-kata. Apatah lagi sekiranya perkara tersebut kita tak pernah alami.
Kerana jika Allah mahu tunjuk, mahu uji, benda yang kita katakan itu, boleh terus terjadi pada diri sendiri. Dan pada waktu itulah kita akan kembali teringat tentang kata-kata diri sendiri. Sesungguhnya realiti sememangnya tidak semudah ucapan. 
Zaman media sosial sekarang sangat besar ujiannya. Zaman saya kecil dahulu, kalau nak online pun harus ke warnet / cc. Nak berdiskusi, ikut topik, ada moderator yang kawal dan warning kalau merapu, ni zaman forum hehe. Nak chatting kena tunggu pihak sebelah sana online juga, kadang tu invisible, kita buzz buzz aja dulu heheh, e eh off topic pulak ðŸ˜†.
Tapi zaman sekarang, nak chatting setiap masa, di mana saja boleh, termasuk juga komen dan berikan pendapat tentang semua perkara, seolah-olah kita tahu semuanya. 
Sekadar peringatan dan muhasabah buat diri sendiri juga. Kalau tak ada benda yang baik untuk dikatakan, simpan aja dalam diri. Kalau kata-kata itu berbaur sindiran dan bertujuan menyakitkan yang lain, istighfar dan lupakanlah. Alihkan geram dan marah itu kepada sesuatu yang lebih membina, yang lebih positive.
Cakap senang kan?

STRESS

Stress



Kita selalu sebut perkataan itu kan? “Janagn kacau mama tengah stress!”, “Kenapa muka macam stress je ni?”, “Aku stress la”, dll.

Tapi pernahkan kita betul betul cuba mendalami stress?

Sebenarnya kita sudah berkenalan dengan stress sejak awal kelahiran kita. Lahir-lahir, kena menangis dan kembangkan paru-paru kali pertama yang sebelum ini selesa dalam perut ibu. Dah lahir, kena belajar menyusu untuk dapatkan nutrisi. Lepastu belajar bergerak, meniarap, merangkak, berjalan, bercakap, dan lain lain.

Adakah anak-anak yang lalui semua fasa di atas tanpa stress?

Apa itu stress?

Setiap individu tidak akan terlepas daripada mengalami stres. Semua orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam hidupnya. Iaadalah respons fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. 

Stres yang sederhana adalah berguna dan boleh menjadi faktor motivasi dalam perkembangan hidup seseorang tetapi stres yang berlebihan adalah merosakkan. 

Contohnya, sebuah perkahwinan atau perhubungan, pasti akan mengalami stress pada satu tahap. Mungkin akan ada perselisihan faham yang mengakibatkan stress pada pasangan. Sekiranya dapat diatasi, perhubugnan tersebut boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana akan ada kesedaran tentang kepentingan pasangan anda, dan anda sangat menghargai kehadirannya. 

Stress berat biasanya memerlukan bantuan lain untuk diatasi. Selain diri sendiri yang harus berubah pemikiran kepada lebih positif, mungkin bantuan professional atau individu lain adalah diperlukan. Selalunya bukan untuk memberikan jawapan kepada kita, tetapi untuk membantu kita mendapatkan jawapan terbaik, yang sebenarnya ada dalam diri kita sendiri. 

Sekiranya anda berdepan dengan stress yang tidak dapat diatasi sendiri, carilah bantuan. Family member, kawan-kawan, support group, coach, psychologist, mahupun psychiatrist. Mencari bantuan bukanlah bermakna kita gagal dalam pelayaran, tetapi kita memberikan tali pada seseorang untuk menarik bot yang hampir karam, mungkin hanya sedikit tarikan diperlukan, untuk kita kembali mengawal arus.

Monday, February 18, 2019

Makanan yang Sedap atau Makanan yang Sihat?

Makanan yang Sedap atau Makanan yang Sihat?


“sedap ayang masak hari ni”, puji si suami dengan muka manis dengan senyuman, sambil laju menyuap makanan yang disiapkan si isteri dengan susah payah dan penuh kasih sayang.
Adegan di atas sudah pasti menjadi mimpi indah setiap pasangan. Tak kiralah sama ada yang memang masak setiap hari, ataupun sekali sekala. Untuk yang dihidang pula, mestilah kenyang perut, suka hati, jika dapat menikmati makanan yang enak, air tangan orang kesayangan.
Untuk mendapatkan pujian dan kepuasan hati menjamu keluarga, para ibu terutamanya sering mencari tau resepi baru, berkongsi dengan rakan tips dan ramuan ‘rahsia’, serta tidak ketinggalan untuk mencuba produk yang diiklankan di kacatv.
Pentingkah makanan yang enak dan sedap?
Mestilah. 
Tapi apa yang lebih penting, makanan yang enak kah? Ataupun makanan yang sihat?


Kita terlalu obsess dan selalu dicanangkan tentang bagaimana untuk menyedapkan makanan, sampaikan perkara yang lebih utama iaitu makanan yang sihat, dianaktirikan. 
Mee segera, perasa makanan, kiub rencah, minuman serbuk 3 dalam 1; itu hanyalah beberapa contoh. Adakah yang tersebut akan dicapai oleh anda sewaktu membeli belah? Jika ya, maka, anda telah mensia-siakan peluang untuk memberi makanan yang sihat kepada ahli keluarga anda. 
Adakah anda sedar betapa pentingnya peranan seorang tukang masak? Dengan memasak, anda telah diberikan kuasa untuk memberi nutrisi ataupun toksik kepada badan si pemakan. Bahagianya perasaan jika dapat menjadi penyandang kepada kesihatan keluarga. Apabila lihat depan mata makanan yang dimakan adalah daripada sumber yang bebas dari bahan kimia, rencah yang dicampur asli daripada bahan semulajadi, ditambah pula dengan supplement yang ditabur sebati dengan doa; bukankah ini yang lebih penting untuk dijadikan mimpi indah kita semua?
Perasa makanan, kiub rencah, semua ini adalah rekaan baru zaman sekarang. Jalan pintas untuk memberi rasa pada makanan. Umumnya adalah bahan wajib di setiap kedai makan, yang proses masakan adalah terhad kepada masa yang singkat, untuk kepuasan pelanggan. Zaman dulu dulu, belum ada perasa makanan. Nenek moyang kita meluangkan masa untuk mencari bahan asli dari pokok dan akar, ditumbuk dan dicampur sendiri. Hasilnya? Resepi yang kaya dengan rasa dan kualiti yang kita nikmati sekarang.



Jadi, saranan saya kepada semua, muhasabah diri dan lihat kembali pada bahan makanan yang ada di dapur anda. Utamakan kesihatan. Sebaiknya kita tahu setiap apa yang masuk ke dalam bahan masakan kita. Biasakan diri untuk membaca ‘bahan-bahan atau ingredients’ dalam setiap makanan yang dibeli. Elakkan diri daripada membeli bahan makanan yang komposisi utamanya adalah PERASA dan PEWARNA makanan.
Marilah kita menjadi penyandang kesihatan keluarga kita semua. Semoga menjadi amalan dan ibadah kepada kita. Wallahualam 

Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

Monday, February 11, 2019

ANAK TAKNAK MAKAN, NAK MINUM SUSU SAJA



Ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak (kebiasaanya)

1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari.
2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.
3. Selalu berhingus / batuk berkahak.
4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga.
5. Sembelit.
6. Kulit yang kering dan gatal.

Tips dan cara tangani
1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.
2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes taknak makan.
3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.
4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.
5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.
6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.
7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti. Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.
8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.

Rasanya dah banyak info mengenai susu. Yang penting ibu bapa harus ingat, kita nak besarkan anak-anak jadi pemakan makanan sihat, dan seterusnya jadi manusia yang sihat. Bukan peminum susu sehingga besar, dengan masalah kesihatan yang berulang-ulang.

Targetlah setelah 2 tahun, berhenti susu. Kalau masih perlukan susu atas sebab-sebab tertentu, pastikan MAKANAN DIDAHULUKAN.



Setuju ke tak?
#draimibebel

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...