Tuesday, November 7, 2017

OOps, Jangan Lupa Seluar Dalam

Dulu waktu saya bekerja di hospital, ada beberapa kes di mana anak lelaki yang tersangkut kulit kemaluannya di zip seluar. Pelbagai usaha dilakukan untuk membuka zip, dan memastikan kulit dapat dipotong tidak berlebihan dari sepatutnya.

Rata-rata berpunca dari anak lelaki yang sudah pandai ke tandas, tidak memakai pampers, tapi tidak pakai seluar dalam sebelum pakai seluar berzip.

Jadi, pastikanlah anak-anak anda memakai seluar dalam. Terutamanya jika ingin memakai seluar berzip. Bersama-sama kita mencegah sebelum terjadi perkara yang sama pada anak-anak kita.

😁


Thursday, November 2, 2017

SIHAT DENGAN MAKANAN ALAMI


Sebelum bergantung pada ubat-ubatan, saya percaya kita perlu beri peluang kepada badan kita untuk melawan sekiranya terdapat jangkitan kuman. Dengan cara badan berkenalan dan melawan kuman inilah sistem pertahanan badan kita akan menjadi lebih kuat.
Salah satu usaha yang kita boleh lakukan, ialah dengan mengambil makanan yang tinggi khasiat untuk melawan kuman. Sokongan dari makanan-makanan ini boleh menjadi asbab untuk badan kita kuat melawan kuman secara semulajadi.
Namun, sila dapatkan pandangan dan khidmat professional dari doktor perubatan untuk memastikan masalah masih di tahap terkawal.
Makanan yang Melawan Kuman
1. Kubis
Sayur ini bagus untuk mengawal pembiakan bakteria H. Pylori yang terutamanya ada di dalam perut (salah satu penyebab gastric dan ulcer dalam perut). Boleh dibuat jus, dan dicampur madu. Jus ini juga bermanfaat untuk jangkitan di hati dan pundi kencing.
2. Lobak merah
Lobak merah memang terkenal dengan beta-carotene, sebagai makanan tinggi antioxidant dan juga untuk detox. Ia tinggi element alkali, dan bantu dalam menstabilkan keseimbangan asid-alkali badan. 
Lobak merah penting dalam melawan kuman, terutamanya apabila ianya dalam bentuk jus. Ia kuat melawan jangkitan kuman, dan bekerjasama dengan baik dengan kelenjar adrenal. Jus lobak merah membantu elakkan jangkitan kuman pada mata, tekak, tonsil, sinus, dan organ pernafasan atas secara umumnya. 
Lobak merah juga membantu mengeluarkan cacing pada kanak-kanak. Boleh ambil lobak merah yang dikisar, 1 cawan setiap hari untuk menghapuskan cacing dengan cepat.
Lobak merah paling bagus diambil mentah. Kulitnya jangan dipotong, tapi dicuci bersih. Kandungan mineralnya sangat dekat pada kulit, rugi jika dibuang.
Daunnya juga sebenarnya tinggi khasiat dan bagus untuk kesihatan.
3. Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah sejenis makanan yang bersifat antiseptic. Zat ini terkandung pada minyak di dalamnya. Ia bagus digunakan dalam kes sakit gigi, untuk mengurangkan sakit dan juga mengurangkan jangkitan kuman. Minyak bunga cengkih boleh digunapakai pada gigi yang rosak dan berkaviti, mengurangkan sakit gigi.
4. Buah kelapa
Buah kelapa adalah makanan yang sangat istimewa. Ia mengandungi diet yang hampir sempurna. Boleh dikatakan kebanyakkan nutrisi penting yang diperlukan badan terdapat pada buah ini. 
Air kelapa adalah air yang mempunyai efek mematikan bakteria. Pada zaman endemic penyakit cirit birt cholera dahulu, air kelapa digunakan sebagai ubat. Air kelapa, dicampur dengan limau nipis, boleh membantu dalam menyeimbangkan elektrolit badan dan meneutralkan asidosis dalam darah. Kehadiran saline dan albumin dalam air kelapa menjadikan ianya minuman yang terbaik untuk yang mengalami cirit birit. Ia juga adalah remedy natural untuk menghapuskan cacing dalam usus.
Minyak kelapa dara memang tinggi khasiat untuk bunuh kuman. Boleh diamalkan 1 - 2 sudu teh sehari mengikut keperluan. Boleh juga disapukan pada bahagian kulit yang mempunyai jangkitan fungus seperti kurap atau panau. Ia juga efektif sebagai anti-fungal.
5. Jintan putih
Jintan putih adalah antara rempah yang tertua, dikenali sejak zaman Bibilical. Ia adalah bagus dalam melawan jangkitan kuman. Jintan putih tinggi kandungan thymol, di mana ianya adalah anthelmintic, bagus melawan cacing dan juga adalah antiseptic. Air rebusan jintan putih boleh digunakan sebagai air minuman, dan membantu dalam keadaan batuk-selsema, juga demam. 
Resepi: masukkan 1 sudu the jintan putih dalam air mendidih selama beberapa saat, angkat dan biarkan sejuk. Sekiranya batuk-selsema disertai dengan sakit tekak, boleh tambah halia. Ini boleh melegakan tekak yang sakit.
6. Yogurt
Yogurt adalah sumber probiotic (bakteria baik dalam perut) yang sangat bagus. Bakteria baik dalam perut ini akan mengawal keseimbangan dalam perut, meningkatkan system pertahanan tubuh, dan mengurangkan pembiakan kuman jahat. Pengambilan yogurt yang konsisten boleh mengurangkan gejala batuk-selsema, juga jangkitan kuman yang lain.
7. Pokok kelor
Drumstick / Moringa, adalah nama lainnya. Ia banyak dijumpai di India. Sekarang lebih banyak dijual di Malaysia, dan daunnya dijadikan dalam bentuk teh, serbuk, atau capsul. Ianya tinggi zat besi (iron). 
Sup yang disediakan daripada daun, buah, dan bunga dari pokok ini sangat tinggi efek lawan kumannya. Ianya didapati sangat bermanfaat dalam mengelakkan jangkitan tekak, paru-paru dan kulit. 
8. Bawang putih
Bawang putih adalah antara makanan antibacterial yang terkuat. Ujian menunjukkan bawang putih membunuh, atau melemahkan sekurang kurangnya 72 jenis bakteria berjangkit.
Berbeza dengan ubat pembunuh kuman yang diformulasi oleh manusia, bawang putih tidak mengganggu kuman baik pada badan. 
Bawang putih mentah yang diambil secara oral, membunuh kuman di dalam usus secara langsung.
Bawang putih yang dijadikan titisan hidung, boleh mempunuh virus secara langsung yang menyebabkan selsema atau influenza.
Bakteria dan virus di dalam paru paru atau saluran pernafasan, boleh dibunuh dari pemakanan, atau sedutan pati bawang putih.
Bawang putih boleh dihancurkan, campur dengan carrier oil seperti minyak zaitu/ kelapa dan disapu pada dada untuk melegakan masalah pernafasan. 
Telinga yang sakit juga boleh diletakkan bawang putih yang sudah dipanaskan dan dicampur dengan garam, letakkan dalam kain dan tuam pada telinga yang sakit. 
9. Halia
Halia membantu mengawal jangkitan kuman dan telah digunakan sejak sekian lamanya, terutama untuk menyakit cirit-cirit, dan batuk.
Halia yang dijadikan air, campur dengan halba dan madu, boleh membantu mengeluarkan kahak, dan sebagai ubat batuk.
10. Madu dan lemon / limau nipis
Madu mempunyai khasiat pembunuh kuman yang tinggi. Untuk sakit tekak, kumur dengan air madu boleh mengurangkan peradangan. Kumur kumur ini juga bagus untuk suara serak yang disebabkan oleh jangkitan tekak. 
Madu juga bagus untuk penyembuhan luka pada kulit. Terutama luka bakar.
Lemon muda, diletakkan atas api sehingga terbuka, ambil 1 sudu teh jusnya, campur dengan madu. Boleh diambil setiap sejam, dan kurangkan sakit tekak. Atau boleh juga dicairkan dalam air panas, dan minum sikit sikit.
11. Mangga
Buah mangga bagus dalam melawan jangkitan kuman. Jangkitan kuman adalah disebabkan epithelium yang tidak bagus. Pengambilan buah mangga akan membentuk epithelium dan sihat, dan mengurangkan serangan kuman terutamanya batuk-selsema, rhinitis, dan sinusitis. Ini disebabkan vitamin A yang tinggi dalam buah mangga.
12. Bawang besar (onion)
Ada kajian mengatakan, jika seseorang makan bawang besar mentah setiap hari, dia akan mengekalkan kesihatan gigi.doktor di rusia, BPTohkin, mengatakan ini adalah kerana dengan mengunyah bawang selama 3 minit, cukup untuk membunuh semua kuman di dalam mulut. 
Anda boleh buat sos dari bawang untuk melawan kuman sendiri di rumah. Ambil bawang, potong kecil, campur dnegan cuka, dan sidikit garam bukit. Masukkan ke dalam makanan setiap kali nak makan.
13. Buah nenas
Buah nenas dan kandungannya, bromelain, dedua duanya bagus dalam melawan kuman. Boleh dijadikan jus, atau dijadikan pencuci mulut. 
14. Lobak putih
Lobak putih menaikkan selera makan, dan menyihatkan perjalanan darah. Kandungan zat besi, kalsium dan garam sodium nya juga tinggi. Sayuran ini juga bermanfaat dalam melawan kuman. Boleh dijadikan syrup. Campurkan jus lobak putih yang segar dengan madu, dan sedikit garam bukit. Boleh membantu dalam sakit tekak, batuk dan masalah paru paru yang lain.
15. Kunyit
Kunyit adalah rempah yang telah disebut sebut sejak zaman Sanskrit lagi. Dalam perubatan Ayurveda dan Unani juga telah lama digunakan sebagai rawatan. Ianya berkesan untuk pelbagai penyakit jangkitan kuman, termasuk batuk selsema, dan sakit tekak. 
Campurkan serbuk kunyit yang segar, campur dalam susu panas. 
Boleh juga asapkan kunyit, dan hidu. Ia boleh melegakan selsema.
Serbuk kunyit segar boleh dijadikan sapuan, untuk kurap, scabies, atau ulcer.
Jus kunyit, campur dengan madu, dan sedikit lada hitam boleh diamalkan.
16. Echinacea
Echinacea ialah herba dari barat yang sangat tinggi kandungan melawan kumannya. Sangat berkesan dan bermanfaat untuk sakit tekak dan batuk. Selalunya dicampurkan dalam madu untuk mendapatkan efek maksimum.
17. Olive Leaf Extract
Tingkatkan sistem pertahanan badan secara alami.
18. Apple Cider Vinegar
Pengambilan ACV boleh membunuh kuman yang tidak diingini dalam perut dan usus. Sekali gus meningkatkan kesihatan usus dan membantu proses pencernaan makanan.
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...