Thursday, January 31, 2019

JANGAN BERHENTI STEROID TIBA-TIBA




This is cortisol, your steroid hormone.

Kalau anda stop steroid secara mendadak, hormon ini akan jadi rendah dalam badan. Kenapa? Badan dah biasa diberi 'makan' dengan steroid, tiba-tiba makanan tu tak ada. Badan harus bekerja untuk menghasilkan hormon dengan banyak secara tiba-tiba, kadangkala badan tak mampu.

Jadi anda akan dapat simptom2 low cortisol / adrenal fatigue, seperti
- Penat melampau
- Kurang berat badan, kurang selera makan
- Kulit menggelap (hyperpigmentation)
- Tekanan darah rendah, kurang gula dalam darah, pengsan
- Teringin makan masin
- Loya, cirit, muntah, sakit perut
- Lenguh badan dan sakit sendi
- Cepat marah
- Depresi
- Menggigil

Jadi kalau nak berhenti steroid, sama ada sapuan ataupun makan, janganlah secara mendadak. Harus berperingkat.

Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

Tuesday, January 22, 2019

JANGAN DIPOTONG!



Adalah sering untuk kita dengar kes pesakit enggan ke klinik ataupun enggan mengikut cadangan doktor untuk melakukan operasi pemotongan bahagian badan, walhal prosedur itu penting untuk menyelamatkan nyawa.

Agak kejam bunyinya pertanyaan ini, tapi apa yang lebih penting? Kaki yang sudah busuk, payudara yang akan meradang, ataupun kehidupan yang masih boleh dilalui bersama keluarga?
Biasanya pesakit akan berusaha menyelamatkan anggota badan yang boleh dilihat, sedangkan organ dalaman yang tidak terlihat itu, fungsinya jauh lebih penting.

Kaki contohnya. Daripada hanya perlu memotong 1 jari kecil, kalau dibiarkan mungkin harus dipotong hingga 1 kaki. Kenapa potong lebih dari bahagian yang sakit? Kerana tissue yang bagus diperlukan untuk penyembuhan kulit dan daging. Kalau dipotong pada tissue yang sudah mati, tidak ada pertumbuhan kulit dan daging yang baru, kuman masih merebak dengan berleluasa. Kalau masih tidak dipotong, kuman boleh merebak ke dalam darah, dan menyebabkan buah pinggang, jantung dan hati semua rosak.


Payudara pula. Kalau memang ada kanser, dan masih tahap ringan, doktor akan cadangkan untuk dibuang payudara berkenaan. Dan diteruskan dengan rawatan lain supaya kanser tidak merebak. Sekiranya dibiarkan, payudara boleh membesar, bernanah, kanser merebak ke paru-paru, tulang, otak, dan hati.

Jarang kita dengar pesakit enggan dilakukan proses pemotongan appendix, ataupun hempedu. Kenapa? Bukankah keadaannya sama merbahaya? Ia kerana organ tersebut tidak dilihat. Lebih mudah melepaskan sesuatu yang tidak dilihat.

Percayalah bahawa rawatan seorang doktor memang bermula dari non-invasive (pencegahan / dressing / ubat-ubatan) barulah ke invasive (pembedahan). Pembedahan adalah rawatan terakhir, sekiranya memang diperlukan pada waktu tersebut.

Bukanlah saya mengatakan ianya keputusan yang mudah, dan pesakit tidak boleh membuat keputusan berlawanan dari cadangan doktor. Tapi pertimbangkanlah dengan sewajarnya.

#draimibebel

Thursday, January 10, 2019

Bedung bayi, perlu atau tidak?


Perlukah bedung bayi? Jom tengok video.



Boleh kongsikan info anda juga jika ada yang ingin ditambah.

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...