Adalah sering untuk kita dengar kes pesakit enggan ke klinik
ataupun enggan mengikut cadangan doktor untuk melakukan operasi pemotongan
bahagian badan, walhal prosedur itu penting untuk menyelamatkan nyawa.
Agak kejam bunyinya pertanyaan ini, tapi apa yang lebih
penting? Kaki yang sudah busuk, payudara yang akan meradang, ataupun kehidupan
yang masih boleh dilalui bersama keluarga?
Biasanya pesakit akan berusaha menyelamatkan anggota badan
yang boleh dilihat, sedangkan organ dalaman yang tidak terlihat itu, fungsinya
jauh lebih penting.
Kaki contohnya. Daripada hanya perlu memotong 1 jari kecil,
kalau dibiarkan mungkin harus dipotong hingga 1 kaki. Kenapa potong lebih dari
bahagian yang sakit? Kerana tissue yang bagus diperlukan untuk penyembuhan
kulit dan daging. Kalau dipotong pada tissue yang sudah mati, tidak ada pertumbuhan
kulit dan daging yang baru, kuman masih merebak dengan berleluasa. Kalau masih
tidak dipotong, kuman boleh merebak ke dalam darah, dan menyebabkan buah
pinggang, jantung dan hati semua rosak.
Payudara pula. Kalau memang ada kanser, dan masih tahap
ringan, doktor akan cadangkan untuk dibuang payudara berkenaan. Dan diteruskan
dengan rawatan lain supaya kanser tidak merebak. Sekiranya dibiarkan, payudara
boleh membesar, bernanah, kanser merebak ke paru-paru, tulang, otak, dan hati.
Jarang kita dengar pesakit enggan dilakukan proses
pemotongan appendix, ataupun hempedu. Kenapa? Bukankah keadaannya sama
merbahaya? Ia kerana organ tersebut tidak dilihat. Lebih mudah melepaskan
sesuatu yang tidak dilihat.
Percayalah bahawa rawatan seorang doktor memang bermula dari
non-invasive (pencegahan / dressing / ubat-ubatan) barulah ke invasive
(pembedahan). Pembedahan adalah rawatan terakhir, sekiranya memang diperlukan
pada waktu tersebut.
Bukanlah saya mengatakan ianya keputusan yang mudah, dan pesakit
tidak boleh membuat keputusan berlawanan dari cadangan doktor. Tapi
pertimbangkanlah dengan sewajarnya.
#draimibebel
No comments:
Post a Comment