Saya rasa lagi susah si ibu untuk berhentikan susu pada anak
yang direct feed berbanding susu botol. Ye lah, anak guling2 merengek2, buat
muka sedih, terus mak cair, kasi susu. Kalau botol tu kena bancuh la apa. Hehe.
Kalau yang dah dekat 2 tahun tapi anak masih taknak makan,
tapi nak susu saja, ha tu kena hati kental sikit. Kita cerita macam mana nak
elakkan situasi tu terjadi dahulu. Macam mana nak kasi anak jadi pemakan,
supaya bila dah 2 tahun, tak ada masalah anak nak susu tapi taknak makan.
1. Mula dari awal. Bila anak dah 6 bulan saja, ajarkan habit
makan sebelum susu. Kalau lapar cari makanan.
2. Pastikan makanan yang diperkenalkan tu adalah real food,
dan lengkap. Nasi + sayur + sumber protein. Walaupun 6-7 bulan, dan boleh kasi
bubur nasi. Yang penting porsi tu, lebihkan serat seperti sayur sayuran yang
pelbagai, supaya anak tak sembelit.
3. Kalau anak jenis suka pegang makanan sendiri, bila dah
usia 8 bulan tu, boleh la amalkan baby led weaning. Buat finger food dari sayur
/ buah yang distim. Ataupun chicken / fish nuggets buatan sendiri. be creative
please parents.
4. Dapatkan assessment sekiranya anak macam ada masalah
sensory food aversion. Selalunya anakkelihatan picky dan hanya makanan makanan
yang keras. Salah satu cara tangani adalah dengan terapi. Boleh baca kat sini
https://yourkidstable.com/sensory-processing-and-picky-eating/. Nanti saya
tulis lebih lanjut mengenai masalah ini.
5. Kurangkan susu secara berkala. Target kita adalah untuk
stop susu selepas 2 tahun. Kalau tak stop pun, kadang anak ni dia nak
mengempeng je. Tu tak ada masalah. Pasal biasanya dia susu sekejap dah tidur,
lebih kepada comfort.
Apa masalah kalau anak taknak makan ni?
Pertumbuhan boleh terganggu. Tengok berat tak naik naik.
Kesihatan boleh terganggu, mudah sakit. Yang menyusu badan mungkin nampak
immune system ok, tak selalu sakit. Tapi masalah pembesaran mungkin akan agak
ketara.
Jadi ibu bapa yang anak baru nak start makan tu, start early
ya.
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi