Tuesday, April 23, 2019

NAK SUSU, TAKNAK MAKAN?


Saya rasa lagi susah si ibu untuk berhentikan susu pada anak yang direct feed berbanding susu botol. Ye lah, anak guling2 merengek2, buat muka sedih, terus mak cair, kasi susu. Kalau botol tu kena bancuh la apa. Hehe.

Kalau yang dah dekat 2 tahun tapi anak masih taknak makan, tapi nak susu saja, ha tu kena hati kental sikit. Kita cerita macam mana nak elakkan situasi tu terjadi dahulu. Macam mana nak kasi anak jadi pemakan, supaya bila dah 2 tahun, tak ada masalah anak nak susu tapi taknak makan.

1. Mula dari awal. Bila anak dah 6 bulan saja, ajarkan habit makan sebelum susu. Kalau lapar cari makanan.
2. Pastikan makanan yang diperkenalkan tu adalah real food, dan lengkap. Nasi + sayur + sumber protein. Walaupun 6-7 bulan, dan boleh kasi bubur nasi. Yang penting porsi tu, lebihkan serat seperti sayur sayuran yang pelbagai, supaya anak tak sembelit.
3. Kalau anak jenis suka pegang makanan sendiri, bila dah usia 8 bulan tu, boleh la amalkan baby led weaning. Buat finger food dari sayur / buah yang distim. Ataupun chicken / fish nuggets buatan sendiri. be creative please parents.
4. Dapatkan assessment sekiranya anak macam ada masalah sensory food aversion. Selalunya anakkelihatan picky dan hanya makanan makanan yang keras. Salah satu cara tangani adalah dengan terapi. Boleh baca kat sini https://yourkidstable.com/sensory-processing-and-picky-eating/. Nanti saya tulis lebih lanjut mengenai masalah ini.
5. Kurangkan susu secara berkala. Target kita adalah untuk stop susu selepas 2 tahun. Kalau tak stop pun, kadang anak ni dia nak mengempeng je. Tu tak ada masalah. Pasal biasanya dia susu sekejap dah tidur, lebih kepada comfort.

Apa masalah kalau anak taknak makan ni?

Pertumbuhan boleh terganggu. Tengok berat tak naik naik. Kesihatan boleh terganggu, mudah sakit. Yang menyusu badan mungkin nampak immune system ok, tak selalu sakit. Tapi masalah pembesaran mungkin akan agak ketara.



Jadi ibu bapa yang anak baru nak start makan tu, start early ya.

Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...