Selalunya kalau tengah sakit, mesti kita akan cepat-cepat
dapatkan rawatan dan datang ke klinik untuk diperiksa kan?
Tapi tahukah anda, kebanyakan kanser payudara lambat
didiagnos disebabkan pesakit TIDAK RASA SAKIT, dan TAK PERASAN yang ada ketulan
di payudara sehinggalah ianya sudah besar?
Sebab itulah amat digalakkan untuk semua wanita melakukan
pemeriksaan payudara setiap hari. Selalunya disaran untuk lakukan sewaktu
mandi.
1. Lihat di cermin untuk melihat sekiranya ada perubahan
pada kulit, warna, ukuran, dan lain-lain
2. Angkat 1 tangan ke atas dan urut payudara bertentangan
dengan tangan 1 lagi, bermula dari ketiak, ke seluruh payudara, periksa juga
puting
3. Perhatikan sekiranya ada ketulan
4. Sekiranya ada ketulan;
a. Rasa sakit
atau tidak
b. Agak agak
besarnya seperti apa (kalau boleh ukur dan catit)
c. Ingat
letaknya di mana
d. Pantau pada
hari-hari seterusnya, sekiranya tidak hilang / makin besar dalam masa 1 minggu,
teruslah ke doktor
Ada keadaan lain yang menyebabkan ada ketulan di payudara,
terutamanya bagi wanita yang masih menyusukan anak. Tapi jangan terus pandang
rendah ketulan yang ada, dan periksalah sekiranya ketulan tidak hilang-hilang.
Biasanya doktor akan minta untuk dilakukan pemeriksaan
lanjut seperti ultrasound / biopsy. Ini adalah untuk pastikan ketulan tersebut
adalah sesuatu yang merisaukan atau tidak. Biopsy akan memberikan jawapan
kepada jenis ketulan itu.
Jangan takut untuk mendapatkan keputusan masalah kita.
Biarlah kita tahu awal daripada terlalu lambat untuk dibuat apa-apa.
Nota kaki;
Dr. Aimi adalah doktor perubatan am di Klinik Taqwa Bangi.