Monday, December 9, 2019

PAYUDARA HARUS DIPERIKSA SETIAP HARI!



Selalunya kalau tengah sakit, mesti kita akan cepat-cepat dapatkan rawatan dan datang ke klinik untuk diperiksa kan?

Tapi tahukah anda, kebanyakan kanser payudara lambat didiagnos disebabkan pesakit TIDAK RASA SAKIT, dan TAK PERASAN yang ada ketulan di payudara sehinggalah ianya sudah besar?





Sebab itulah amat digalakkan untuk semua wanita melakukan pemeriksaan payudara setiap hari. Selalunya disaran untuk lakukan sewaktu mandi.


1. Lihat di cermin untuk melihat sekiranya ada perubahan pada kulit, warna, ukuran, dan lain-lain
2. Angkat 1 tangan ke atas dan urut payudara bertentangan dengan tangan 1 lagi, bermula dari ketiak, ke seluruh payudara, periksa juga puting
3. Perhatikan sekiranya ada ketulan
4. Sekiranya ada ketulan;
        a. Rasa sakit atau tidak
        b. Agak agak besarnya seperti apa (kalau boleh ukur dan catit)
        c. Ingat letaknya di mana
        d. Pantau pada hari-hari seterusnya, sekiranya tidak hilang / makin besar dalam masa 1 minggu, teruslah ke doktor



Ada keadaan lain yang menyebabkan ada ketulan di payudara, terutamanya bagi wanita yang masih menyusukan anak. Tapi jangan terus pandang rendah ketulan yang ada, dan periksalah sekiranya ketulan tidak hilang-hilang.

Biasanya doktor akan minta untuk dilakukan pemeriksaan lanjut seperti ultrasound / biopsy. Ini adalah untuk pastikan ketulan tersebut adalah sesuatu yang merisaukan atau tidak. Biopsy akan memberikan jawapan kepada jenis ketulan itu.

Jangan takut untuk mendapatkan keputusan masalah kita. Biarlah kita tahu awal daripada terlalu lambat untuk dibuat apa-apa.

Nota kaki;
Dr. Aimi adalah doktor perubatan am di Klinik Taqwa Bangi.

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...