Saturday, January 4, 2020

TONGUE TIE DAN PENYUSUAN

Masyarakat kita sudah makin terdedah dengan kepentingan penyusuan badan, Alhamdulillah.

Kalau 10 tahun dahulu, mungkin kita akan selalu terima jawapan ‘susu tak ada’, sekiranya ibu berhenti menyusukan badan. Tapi sekarang, lebih banyak jawapan dan masalah yang dapat kita selesaikan, yang pastikan bukan disebabkan ‘susu ibu tak ada’.

Memang ada situasi di mana ibu mempunyai kelenjar susu kurang, yang disebut Insufficient Glandular Tissue (IGT), yang memang boleh menganggu supply susu yang cukup. Tapi keadaan ini adalah sangat jarang. Selain itu, sekiranya ibu pernah menjalani pembedahan di bahagian payudara, juga boleh mengganggu penghasilan susu.

Untuk keadaan yang selain di atas, selalunya masalah penyusuan banyak berpunca dari perlekapan, posisi, dan emosi.

Salah satu yang boleh mengganggu perlekapan bayi sewaktu menyusu adalah deisebabkan oleh ‘tongue tie’.



Jadikanlah amalan untuk terus melihat bawah lidah bayi setelah lahir. Sekiranya nampak seperti ada tali yang menambat lidah si bayi, itu adalah tongue tie, dan ia boleh mengganggu bayi untuk menyusu dengan sempurna. Lihat juga sekiranya bayi tidak pernah keluarkan lidah dari mulut, dan sekiranya dijulurkan keluar, lidah kelihatan seperti bentuk / W shape.

Antara masalah yang boleh dijangkakan dengan kehadiran tongue tie;
1. Hisapan yang sering terlepas, lidah tidak dapat mengekalkan hisapan.
2. Bayi mengamuk sewaktu / selepas menyusu. Ini boleh disebabkan susu yang dapat tidak banyak seperti yang sepatutnya, dan bayi boleh jadi penat kerana harus berusaha lebih untuk dapatkan susu.
3. Ibu rasa sakit pada puting dan boleh menyebabkan luka. Ini disebabkan bayi banyak hisap pada bahagian puting.
4. Peningkatan berat badan bayi yang tidak memberangsangkan. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu dengan baik, pada pemeriksaan pada 1 bulan pertama, akan dapat lihat bahawa berat bayi tidak naik seperti diharapkan.
5. Bayi ingin mengempeng setiap masa. Ada juga bayi yang terus menerus ingin menyusu, dan ini akan menyebabkan ibu berasa stress.

Ada kes yang memenuhi kesemua ciri di atas, ada juga kes kes terpencil di mana bayi membesar dengan baik, dan ibu tidak merasakan sakit.

Sekiranya si bayi boleh menyusu dengan bagus walaupun dengan kehadiran tongue tie, pada usianya 2 tahun nanti, mungkin bayi boleh mempunyai masalah pertuturan. Sama ada lewat bercakap, ataupun pelat. Tapi tak semua akan mengalami masalah ini.

Saya seru kepada semua ibu bapa, para nurse, doktor dan PC/LC untuk alert mengenai ini, dan utamakanlah penyusuan badan. Ada yang lebih pentingkan percakapan, dan mahu pantau sehingga bayi sudah 2 tahun. Anda rasa berjayakah si ibu menyusukan anak tersebut kalau tunggu 2 tahun baru check? Saya rasa tak.

Apa yang boleh dilakukan sekiranya anak anda ada tongue tie? Lakukan procedure ‘tongue tie release’. Ia adalah prosedur yang sangat simple, tapi efeknya sangat besar.

Saya galakkan untuk lakukan prosedur ini secepat mungkin, kerana kita tak mahu keadaan ini menganggu pertumbuhan anak. Tapi sekiranya masalah ini dikesan setelah 4 bulan pun, masih tidak terlambat untuk dibuat.

Biasanya LC/PC akan check dan sarankan penyelesaian sekiranya memang masalah penyusuan adalah disebabkan tongue tie. Boleh juga datang ke Klinik Taqwa untuk assessment, dan sekiranya perlu, saya akan terangkan kepada ibu bapa mengenai prosedur. Ya, prosedur ini boleh di buat di Klinik Taqwa.

Dr. Aimi Jaafar
Kaunselor Laktasi
Pegawai Perubatan
Klinik Taqwa Bangi

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...