Thursday, March 5, 2020

ANAEMIA / KURANG DARAH MERAH PADA KANAK-KANAK




Anaemia adalah agak sering dijumpai di kalangan kanak-kanak. Untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun, selalunya punca anaemia adalah disebabkan kurang zat besi (iron deficiency anaemia). Namun begitu, mengkaji dan merawat punca sebenar anaemia adalah juga penting di samping memberikan supplement zat besi secara rutin. Apabila masalah zat besi dalam badan diperbetulkan, kenaikan selera makan dan tenaga akan bertambah secara sendirinya. Pemantauan haemoglobin (Hb) dan ferritin juga seharusnya dilakukan secara berkala sepanjang rawatan.


Tanda-tanda anaemia disebabkan kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia)

- Mengunyah kertas / cardboard
- Lingkaran gelap di keliling mata
- Kurang tenaga, lebih gemar bermain di dalam rumah yang senyap
- Pucat di bawah mata
- Muka nampak kusam
- Kurang selera makan
- Kurang stamina

Cadangan hidangan makanan tinggi zat besi

- Beans – Lentils, black beans, kidney atau lima beans. Masak sehingga lembut, lenyek dan boleh berikan pada bayi / kanak-kanak
- Quinoa – supergrain ini merupakan sumber protein lengkap (mempunyai kandungan amino acid yang seimbang), dan juga tinggi zat besi. Masak dengan air yang banyak dan dihidangkan seperti bubur / cereal kepada anak. Untuk kanak-kanak lebih besar, boleh dicampur susu almand, cinnamo ataupun madu
- Blackstrap molasses  – hanya 1 sudu besar blackstrap molasses mempunyai kandungan zat besi yang sama dengan fortified cereal. Pastikan blackstrap molasses yang dipilih adalah organik dan boleh dicampur dengan dengan keledek (sweet potatoes), quinoa atau “greensauce” (lihat bawah)
- “Greensauce” – campurkan epal dengan sayuran hijau yang telah dipurikan seperti kale, bayam, moringa. Yum!
- Sesame seeds atau pumpkin seeds – tinggi dengan mineral, termasuk zat besi, kalsium dan zink. Tahini ataupun pumpkin seed butter adalah sangat lazat dijadikan cicah pada sayuran / salad, boleh juga disapu pada roti / crackers
- Daging merah – boleh diberikan pada bayi seawal 6 – 7 bulan. Daging lembu / kambing boleh dicampur dengan kentang, keledek, labu, ataupun dijadikan bubur untuk bayi
- Tambahan vitamin c sangat membantu untuk penyerapan zat besi. Makanan seperti lemon, capsicum dan moringa sangat tinggi vitamin c. perahan sedikit lemon ataupun secubit moringa pun sangat membantu!
- Kurangkan susu lain selain susu badan – umum diketahui ramai, susu akan mengurangkan penyerapan zat besi. Untuk memastikan anak mempunyai zat besi yang tinggi dan cukup, pemakanan adalah sangat penting, dan bukanlah susu yang berlebihan.

- Susu badan – berbeza dengan susu lembu / kambing, susu badan sangat membantu penyerapan zat besi. Ini kerana badan dapat menyerap zat besi dengan lebih mudah dalam susu titisan emas ini. Pastikan ibu mempunyai nutrisi yang cukup dan pemakanan yang sihat juga ya.

Sekiranya anak anda mempunyai masalah kurang sistem imun, mudah sakit, cepat penat, dan kelihatan pucat, segera lah lakukan pemeriksaan darah di klinik / hospital terdekat.



Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...