Monday, May 4, 2020

MAINAN KEGEMARAN BAYI (MILESTONE BAYI 9 BULAN)


Saya selalu bertanyakan sekiranya bayi ada mainan kegemaran, terutamanya untuk bayi yang berusia 9 bulan. Ramai ibu bapa yang menjawab 'tak perasan', ataupun 'anak saya main dengan semua benda'.
Sebenarnya bayi yang berusia 9 bulan ke atas, sudah lebih berkembang emosi nya, dan antara penilaian emosi bayi adalah kecenderungan bayi untuk mempunyai mainan kegemaran.


Mainan kegemaran ini dipanggil juga sebagai 'objek peralihan' (transition object), di mana ia membantu peralihan emosi bayi dari kebergantungan (dependent) kepada lebih berdikari (independent).



Kadang kala anak sudah mempunyai mainan yang disukai, tapi tidak dikenalpasti oleh ibu bapa / penjaga. Jadi tidak diberikan pada anak untuk bermain.

Dalam kes Afin, saya sebagai ibu sudah perasan yang Afin akan ambil masa dalam 1 - 2 minit untuk bermain dengan mainan ini sahaja setiap kali dia terjumpa mainan ini sejak usia nya 8 bulan. Jadi memang mainan ini antara yang wajib saya hulurkan untuknya, termasuk beberapa mainan lain yang selalu dipegang dan di'kaji' Afin.

Kalau boleh cari mainan yang ada unsur positif dan membantu perkembangan bayi yang lain, seperti unsur cognitif, skil motor halus, dan sensori.

Ketahui pertumbuhan dan perkembangan anak anda dengan membuat pemeriksaan berkala di klinik.

Dr Aimi Jaafar
Doktor Perubatan / Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi

Notakaki:
Di Klinik Taqwa Bangi, pakej baby wellness bermula dari usia bayi 2 bulan, sehingga 2 tahun. Hubungi Cik Aishah untuk pertanyaan dan temujanji, 01155167293.

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...