Tuesday, August 1, 2017

Mendalami Penyebab ADHD dan Autism – part 1


Mendalami Penyebab ADHD dan Autism – part 1
Kes ADHD dalam masa 1 dekad ini memang sudah meningkat secara drastik. Menurut CDC, 11 peratus dari kanak-kanak mengalami ADHD, di mana ianya 42 peratus lebih tinggi dari 8 tahun sebelum ini. 6 peratus dari kanak-kanak mengambil ubat untuk ADHD, dan kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk didiagnos dengan ADHD berbanding perempuan. Masalah ini menjadi semakin besar.
Faktor persekitaran memainkan peranan
Peningkatan yang mendadak ini tidak boleh dipersalahkan pada genetik semata-mata, kerana gen tidak berubah dengan cepat. Faktor persekitaran juga ada sahamnya. 
3 faktor kritikal yang menggangu fungsi otak
Rujuk kepada kajian ini 
“Enteric Ecosystem Disruption in Autism Spectrum Disorder: Can the Microbiota and Macrobiota Be Restored?”.
http://www.eurekaselect.com/145349/article
Kajian ini menyatakan Autism Spectrum Disorder (ASD), ya memang ASD dan ADHD bukan masalah yang sama, tapi penyebabnya ada banyak persamaan. Dan kita tahu juga, bahawa kedua – dua masalah ini mempunyai masalah dengan fungsi otak. 
Faktor #1: Kepupusan mikrobiom 
Hipotesis “kepupusan mikrobiom” mengatakan, perubahan mikrobiom adalah akibat dari penambahan hygiene dan menyebabkan hilangnya helminths, parasit, dan organisma lain yang selama ini hidup berpuluh ribu – atau juta tahun bersama-sama manusia, yang membantu untuk meregularisasi dan menstabilkan sistem imun kita. Kehilangan organisma ini dikatakan bukan sahaja menyebabkan masalah autoimun, tetapi masalah seperti ASD dan ADHD, juga masalah masalah lain.
Faktor #2: Stimulasi persekitaran
Di antara faktor yang berkaitan termasuk;
- pemakanan yang tidak sihat
- pengambilan makanan berproses yang berlebihan (termasuk gula putih)
- kekurangan vitamin D
- pendedahan terhadap antibiotik secara berlebihan
- pendedahan kepada acetaminophen (sejenis ubat demam)
Sekiranya stimulasi persekitaran di atas terjadi pada waktu kritikal, terutamanya sewaktu otak anak-anak sedang berkembangan di awal usia, mereka boleh mendapat efek jangka panjang.
Faktor #3: Predisposisi genetik / epigenetik
Kenapa ada anak anak dengan faktor 1 dan 2, tetapi seorang mendapat ADHD / ASD, seorang lain tidak? Ini disebabkan predisposisi dari genetik / epigenetik anak. Sebab itu ada yang mendapat masalah seperti ADHD, ada pula mendapat penyakit autoimun seperti Chron’s disease, atau sesuatu yang lain. Trigger boleh jadi sama, namun respon badan seseorang boleh berlainan tergantung pada faktor predisposisi genetik / epigenetiknya.
akan disambung lagi..
diterjemahkan oleh Dr. Aimi Jaafar, Klinik Taqwa Bangi (016-2894717)

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...