Wednesday, September 20, 2017

NUTRISI PENTING IBU SELEPAS BERSALIN

NUTRISI PENTING IBU SELEPAS BERSALIN


Selepas mengandung selama 9 bulan lebih kurang, ibu akan terus menjadi sumber sokongan bayi, dari segi emosi, mental dan nutrisi.
Secara lumrahnya bayi akan menyusu sepenuhnya dengan ibu sehingga usia 6 bulan di mana bayi akan mula diperkenalkan dengan makanan. Namun susu ibu masih yang utama, sehingga usia bayi semakin meningkat, ratio makan dan susu juga akan berubah secara berperingkat.
Hari ini saya ingin fokus kepada pemakanan dan nutrisi ibu selepas melahirkan. Jelas ya bahawa ibu menjadi sumber secara langsung kepada si bayi, terutama sejurus setelah lahir. Jadi pemakanan dan kesihatan si ibu sangatlah penting!
Apa dia nutrisi yang penting untuk ada dalam pemakanan ibu sehari-hari?
1. Folate
Saya tulis folate, bukan folic acid. Kenapa? Folic acid ialah vitamin B9 dalam bentuk sintetik, yang dijadikan supplement dan juga ada ditambah dalam makanan berproses seperti energy bars atau cereals. Folate pula ialah vitamin B9 yang dijumpai dalam makanan dalam bentuk yang lebih natural, dan lebih mudah untuk diserap oleh badan. Pengambilan makanan yang tinggi folate, cukup untuk melengkapkan daily requirements seharian kita. Namun ada juga supplement dalam bentuk folate.
Makanan tinggi folate yang kita boleh cari,
- Bayam
- Brussels sprouts
- Lettuce
- Avocado
- Yeast flakes
Apa pentingnya folate ini pada ibu selepas bersalin?
Ia boleh mengurangkan post partum depression. Seeloknya diambil sepanjang kehamilan juga ya.
Selain itu ia juga membantu untuk mengurangkan anemia, (darah merah rendah). Anaemia boleh menyebabkan ibu lemah, tidak bertenaga, kurang selera makan, dan badan / jantung ibu terbeban disebabkan askar mengangkut oxygen yang kurang, tetapi keperluan badan yang tinggi.
2. Iron
Iron juga bagus untuk mengurangkan anemia selepas bersalin. Sewaktu bersalin secara amnya akan ada pendarahan sama ada banyak atau sedikit. Pengambilan makanan yang tinggi iron boleh membantu badan lebih cepat bertenaga dan sembuh. Boleh juga ambil supplement iron tapi mungkin akan menyebabkan sembelit. Pilihan yang lain adalah dengan membuat green juicing, dan ambil ulam ulaman dengan sayuran hijau tinggi iron. Selain itu daging merah yang segar, hati, ikan, buah buahan kering juga adalah sumber tinggi iron yang boleh diamalkan.
3. DHA
Susu ibu yang tinggi DHA akan menyumbang kepada perkembangan otak bayi, dalam sepeanjang waktu penyusuan. Di mana 2 tahun pertama kehidupan adalah waktu yang penting untuk perkembangan otak si kecil. DHA juga penting pada ibu untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan psikologikal, yang boleh mengelakkan post partum depression. Sumber DHA boleh didapati dari ikan, minyak ikan, produk tenusu tertentu.
4. Calcium & Magnesium & Vitamin D
Sewaktu mengandung dan menyusu, ibu akan menggunakan simpanan calcium sendiri untuk diberikan pada si bayi. Sekiranya sumber dari ibu sendiri kurang, ibu akan mengalami masalah lenguh badan, kerosakan gigi, dan seterusnya osteoporosis. Magnesium akan membantu dalam penyerapan calcium, dan relaxkan minda. Selain itu ia juga boleh membantu kurangkan post natal depression.
Sumber calcium dari makanan boleh didapati dari susu, produk tenusu, kale, brokoli, almond, bone broth, dll. Magnesium pula lebih mudah diserap melalui kulit, pilihan supplement; magnesium flakes / magnesium oil.
5. Vitamin B complex
Memberikan tenaga. Vitamin B complex secara umumnya dapat membantu dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Ini sangat penting untuk pemulihan badan dan emosi sewaktu selepas bersalin. Juga mengurangkan stress dan penat menjaga si kecil.
6. Vitamin C
Membantu dalam penyembuhan luka dalaman dan luaran. Juga membantu dalam penyerapan iron. Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan jangkitan, contohnya mastitis pada ibu yang menyusukan anak. Ada pendapat yang mengatakan vitamin C boleh mengurangkan susu, tetapi ini adalah tergantung pada individu, sekiranya anda lihat susu kurang dengan pengambilan vitamin c, boleh kurangkan. 
7. Probiotic dan prebiotic
Probiotic adalah bakteria baik dalam usus yang membantu dalam sistem pertahanan badan secara umum. Prebiotic adalah makanan kepada bakteria baik. Selalunya kita akan memerlukan pengambilan prebiotic secara konsisten untuk mengekalkan kesihatan usus yang baik. Untuk ibu selepas bersalin dan menyusukan, adalah penting untuk mempunyai usus yang sihat, antara lain adalah untuk memastikan susu ibu berkualiti, dan pembuangan air besar serta toksin yang lancar.
Sumber probiotic boleh didapati dari makanan yang fermented seperti tempoyak, tapai, kombucha tea, kefir grain.
Sumber prebiotic seperti sayur sayuran, buah buahan, gum arabic, baobab, moringa, dll. 


Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa, Bangi
Di Klinik Taqwa Bangi, kami lakukan konsultasi nutrisi, dan menyediakan natural supplements. Boleh hubungi 01155167293 / 0162894717 untuk pertanyaan. 

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...