Ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak
(kebiasaanya)
1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun.
Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol
sehari.
2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.
3. Selalu berhingus / batuk berkahak.
4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu
juga.
5. Sembelit.
6. Kulit yang kering dan gatal.
Tips dan cara tangani
1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi
tak makan, tak ada susu.
2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang
mengalah bila tengok anak menangis dan protes taknak makan.
3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak
makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk
makan.
4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk
memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”.
Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia
jawab nak aiskrim pula hehehe.
5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak
perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari
pemakanan yang sihat.
6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung
pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah
sedikit demi sedikit.
7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya
berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah
masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari
cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus
terus berhenti. Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai
motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti
kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan
rasakan sebenarnya botol itu tak penting.
8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant
seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak
sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya
anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan
jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.
Rasanya dah banyak info mengenai susu. Yang penting ibu bapa
harus ingat, kita nak besarkan anak-anak jadi pemakan makanan sihat, dan
seterusnya jadi manusia yang sihat. Bukan peminum susu sehingga besar, dengan
masalah kesihatan yang berulang-ulang.
Targetlah setelah 2 tahun, berhenti susu. Kalau masih
perlukan susu atas sebab-sebab tertentu, pastikan MAKANAN DIDAHULUKAN.
Setuju ke tak?
#draimibebel
No comments:
Post a Comment