Makanan yang Sedap atau Makanan yang Sihat?
“sedap ayang masak hari ni”, puji si suami dengan muka manis dengan senyuman, sambil laju menyuap makanan yang disiapkan si isteri dengan susah payah dan penuh kasih sayang.
Adegan di atas sudah pasti menjadi mimpi indah setiap pasangan. Tak kiralah sama ada yang memang masak setiap hari, ataupun sekali sekala. Untuk yang dihidang pula, mestilah kenyang perut, suka hati, jika dapat menikmati makanan yang enak, air tangan orang kesayangan.
Untuk mendapatkan pujian dan kepuasan hati menjamu keluarga, para ibu terutamanya sering mencari tau resepi baru, berkongsi dengan rakan tips dan ramuan ‘rahsia’, serta tidak ketinggalan untuk mencuba produk yang diiklankan di kacatv.
Pentingkah makanan yang enak dan sedap?
Mestilah.
Mestilah.
Tapi apa yang lebih penting, makanan yang enak kah? Ataupun makanan yang sihat?
Kita terlalu obsess dan selalu dicanangkan tentang bagaimana untuk menyedapkan makanan, sampaikan perkara yang lebih utama iaitu makanan yang sihat, dianaktirikan.
Mee segera, perasa makanan, kiub rencah, minuman serbuk 3 dalam 1; itu hanyalah beberapa contoh. Adakah yang tersebut akan dicapai oleh anda sewaktu membeli belah? Jika ya, maka, anda telah mensia-siakan peluang untuk memberi makanan yang sihat kepada ahli keluarga anda.
Adakah anda sedar betapa pentingnya peranan seorang tukang masak? Dengan memasak, anda telah diberikan kuasa untuk memberi nutrisi ataupun toksik kepada badan si pemakan. Bahagianya perasaan jika dapat menjadi penyandang kepada kesihatan keluarga. Apabila lihat depan mata makanan yang dimakan adalah daripada sumber yang bebas dari bahan kimia, rencah yang dicampur asli daripada bahan semulajadi, ditambah pula dengan supplement yang ditabur sebati dengan doa; bukankah ini yang lebih penting untuk dijadikan mimpi indah kita semua?
Perasa makanan, kiub rencah, semua ini adalah rekaan baru zaman sekarang. Jalan pintas untuk memberi rasa pada makanan. Umumnya adalah bahan wajib di setiap kedai makan, yang proses masakan adalah terhad kepada masa yang singkat, untuk kepuasan pelanggan. Zaman dulu dulu, belum ada perasa makanan. Nenek moyang kita meluangkan masa untuk mencari bahan asli dari pokok dan akar, ditumbuk dan dicampur sendiri. Hasilnya? Resepi yang kaya dengan rasa dan kualiti yang kita nikmati sekarang.
Jadi, saranan saya kepada semua, muhasabah diri dan lihat kembali pada bahan makanan yang ada di dapur anda. Utamakan kesihatan. Sebaiknya kita tahu setiap apa yang masuk ke dalam bahan masakan kita. Biasakan diri untuk membaca ‘bahan-bahan atau ingredients’ dalam setiap makanan yang dibeli. Elakkan diri daripada membeli bahan makanan yang komposisi utamanya adalah PERASA dan PEWARNA makanan.
Marilah kita menjadi penyandang kesihatan keluarga kita semua. Semoga menjadi amalan dan ibadah kepada kita. Wallahualam
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
Klinik Taqwa Bangi
No comments:
Post a Comment