Monday, March 11, 2019

hak pesakit, hak perawat

Bila ada pesakit yang tidak mahu mengikut saranan petugas kesihatan, petugas kesihatan seharusnya mengekalkan sikap professional. Berikan fakta, tujuan, dan komplikasi seperti yang sepatutnya. Keputusan tetap adalah hak pesakit. Buatlah memo yang membuktikan bahawa anda telah memberi penerangan, dan pesakit masih bertegas dengan keputusannya, dapatkan tanda tangan pihak pesakit, dan anda sendiri.

Apabila ada petugas kesihatan yang bertindak memerli, menyindir, dan menakut-nakutkan dengan ayat kurang sopan, itu adalah tidak wajar, tidak beretika dan sangat tidak professional.

Peringatan buat diri saya sendiri juga. 

p/s : Lepas ni saya buat memo juga ya :)

No comments:

Post a Comment

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...