Anak muda yang mempunyai kecederaan di lutut akibat sukan.
Dalam kes-kes yang biasa dijumpai, pasti si anak muda tersebut berusaha untuk merawat diri, dan kembali aktif. Sekurang kurangnya untuk melakukan aktiviti harian tanpa batasan. Rawatan mengikut tahap kecederaan. Ada yang memerlukan hanya rehat dan kurangkan pergerakan untuk 1 tempoh masa, ada yang memerlukan operasi, ada yang memerlukan fisio setelah tempoh akut berakhir.
Namun, ada kes terpencil di mana anak muda ini lebih rela duduk di kerusi roda, dan bergerak walau di dalam rumah di atas kerusi roda, lebih dari 2 tahun.
Apa yang akan terjadi? Otot mengecil, dan lemah. Kestabilan untuk berjalan makin terganggu, sendi mengeras (contracture), dan lain2. Anak muda ini perlukan rehab dan fisio yang aggresif untuk kembali berjalan seperti biasa.
Adakah si anak muda dalam kes kedua tadi secara fizikal memang lemah?
Sebagai orang luar mungkin kita akan berfikiran negative dan menghukum. Macam mana lah muda muda lagi sanggup duduk atas kerusi roda macam orang sakit, etc etc.
Ataupun sebenarnya si anak muda itu mempunyai masalah lain yang lebih serius, yang menghambatnya daripada membantu dirinya sendiri?
Anak muda ini mungkin mengalami stress, depresi, dan mungkin masalah emosi / mental yang lain. Sebagai ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, atau sesiapa yang dekat dengannya, seharusnya membantu beliau merawat dalamannya dahulu.
Siapa kata masalah emosi / mental tidak serius? Fikir balik.
No comments:
Post a Comment