Pernah tak tengok doktor tulis diagnosis anda sebagai urti?
Urti adalah upper respiratory tract infection, yang
bermaksud jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan. Ia adalah penyakit
berjangkit yang paling sering dihidap oleh semua orang. Batuk, selsema, sakit
tekak, semua ini berkait dengan saluran pernafasan atas.
Punca jangkitan selalunya adalah disebabkan oleh kuman
virus. Namun ada juga keadaan yang disebabkan oleh kuman bakteria yang mungkin
memerlukan bantuan antibiotik. Selain melalui sejarah sakit yang diceritakan
oleh pesakit, dan pemeriksaan oleh doktor, boleh juga lakukan pemeriksaan darah
untuk membezakan sama ada jangkitan adalah dari virus ataupun bakteria.
Selalunya doktor akan memeriksa paru paru dengan stetoskop
juga. Ini adalah untuk memastikan tidak ada jangkitan di bahagian paru paru,
iaitu bahagian pernafasan bawah. Sekiranya ada jangkitan di bahagian ini,
keadaan pesakit adalah lebih serius. Pernafasan kelihatan tidak stabil,
berbunyi, dan disertai dengan tambahan otot pernafasan lain untuk membantu
pesakit bernafas.
Keadaan ini mungkin memerlukan ubat ubatan, neb, bantuan
oksigen, dan pemantauan di hospital. Tergantung kepada tahap serius atau tidak
pesakit waktu itu.
Sekiranya URTI anda tidak makin baik ataupun makin melarat,
dapatkan lah pemeriksaan yang sepatutnya. Selain itu, bantuan dengan pemakanan
yang penuh nutrisi dan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan penting
untuk meningkatkan sistem imuniti badan.
Disclaimer;
Dr Aimi adalah doktor perubatan am di Klinik Taqwa Bangi.
No comments:
Post a Comment