Bulan puasa ni sudah pasti ada ibu bapa yang memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar berpuasa.
Nak tak nak, mesti ada juga kes puasa setengah hari, terutamanya bagi yang baru pertama kali mahu cuba berpuasa.
Apakah cara ibu bapa memberi sokongan kepada mereka?
Di sini saya kongsikan beberapa tips dan cadangan.
Pertama sekali, ibu bapa harus terangkan mengapa kita harus berpuasa, dan apakah manfaatnya.
Persediaan berpuasa, di malam hari dan sahur;
1, Pastikan anak bangun sahur bersama ibu bapa
2. Makanan sahur harus cukup kalori, dan berkhasiat. Pastikan ada karbohidrat, protein dan serat.
3. Boleh ajar anak makan kurma. Kurma mempunyai kalori yang tinggi dan banyak zat mineral yang boleh membantu berikan tenaga sewaktu berpuasa.
4. Galakkan anak minum air kosong dengan kerap sewaktu malam hari. Bukan kuantiti yang banyak. Sedikit, tetapi kerap.
Setelah anak mula berpuasa, di siang hari;
1. Berikan pujian kepada anak atas usahanya.
2. Lakukan aktiviti yang anak suka supaya dirinya tidak focus pada rasa lapar.
3. Sekiranya anak minta untuk makan / minum, cuba beri cadangan masa seperti jam 1pm. Dan setelah sampai jam 1pm, tanya sekiranya anak boleh bertahan lagi sehingga jam 3pm, dah seterusnya.
Kalau anak kelihatan tidak tahan, menangis, lemah;
1. Benarkan anak untuk minum air dahulu. Sekiranya anak kelihatan ok setelah minum air, lanjutkan puasanya.
2. Sekiranya anak tak tahan lapar setelah minum, berilah anak makan 1 kali makanan yang sihat dan mengenyangkan. Lanjutkan puasa lagi selepas itu.
3. Galakkan anak untuk sambung puasa dan tidak asyik mengunyah walaupun sudah berbuka.
Nota kaki;
1. Kalau boleh jangan beri anak makan biskut / roti untuk alas perut hilangkan lapar.
2. Pemakanan yang tidak konsisten dan diselang seli dengan jajan boleh menyebabkan imuniti badan terganggu dan mencetus penyakit,
3. Jangan paksa anak sekiranya dirinya belum bersedia.
4. Boleh berikan ganjaran yang positif untuk menggalakkan anak ingin berpuasa.
5. Janganlah menakut-nakutkan anak sehingga dirinya rasa bersalah untuk makan walaupun tidak larat.
Jom kongsikan juga pengalaman dan tips anda sekiranya ada.
Selamat berpuasa dan beribadah kepada semua. Semoga kita semua dapat manfaat berpuasa yang optima, dan dapat kecapi manisnya Ramadan kali ini, InsyaAllah.
Dr Aimi Jaafar
Pegawai Perubatan
Klinik Taqwa Bangi
011-55167293
No comments:
Post a Comment