Adalah normal untuk anak anak demam. Itu adalah cara untuk
badan bertindak untuk menguatkan system pertahanan badan apabila bertemu dengan
kuman kuman baru.
Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah untuk mengawal,
dan memastikan demam tersebut adalah serious ataupun tidak. Biasanya saya akan
nasihatkan untuk bawa anak ke klinik untuk diperiksa sekiranya demam / sakit
lebih dari 3 hari. Namun sekiranya ada tanda tanda bahaya lebih awal dari 3
hari, bawa lah untuk diperiksa segera.
Kali ini saya ingin bercerita mengenai ruam selepas demam.
Kebanyakkan jangkitan virus, akan dimulai dengan demam
dahulu, dah berakhir dengan ruam.
Contohnya campak (measles), cacar air
(chicken pox), roseola dan HFMD. Jom kita berkenalan dengan keempat-empat
jangkitan ini dahulu.
Jangkitan ini adalah jarang dijumpai sebenarnya, disebabkan
ianya sudah termasuk dalam vaksin MMR yang diberikan pada usia 9 bulan dan 12
bulan, yang memberikan 98% pertahanan dari jangkitan ini. Namun kadangkala
dijumpai juga.
Kontak pertama anak dengan jangkitan ini boleh terjadi lebih
kurang 2 minggu sebelum hari anak muai demam. Dalam masa 2 minggu tersebut,
kuman sudah ada dalam badan, namun symptom belum keluar.
Anak akan mulai demam panas, berterusan, dan symptom lain
seperti batuk, selsema, kurang selera makan, lemah, dan sakit mata akan muncul
sedikit demi sedikit. Waktu ini biasanya ibu bapa akan mulai risau, dan untuk
anak yang mempunyai system pertahanan yang rendah, lebih mudah untuk pendapat
komplikasi seperti dehidrasi, pneumonia (jangkitan paru-paru) ataupun
meningitis (jangkitan selaput otak).
Tugas ibu bapa adalah untuk pastikan anak makan, cukup
cecair dalam badan, berikan nutrisi yang boleh meningkatkan system pertahanan
tubuhnya, dan sekiranya nampak terlalu lemah, jangan terlambat bawa ke klinik /
hospital.
Anak akan sakit dalam masa lebih kurang 10 hari, sehingga
akhirnya akan keluar ruam besar dan merah pada badan. Waktu ini biasanya akan
akan semakin sembuh, demam semakin kurang.
Setelah habis ruam keluar, ia akan perlahan lahan hilang,
dan anak akan kembali sihat seperti biasa. Tempoh masa sakit lebih kurang 2
minggu.
Biasanya kontak pertama anak dengan jangkitan ini terjadi
lebih kurang 10 - 21 hari sebelum tanda pertama keluar.
Anak akan mulai tidak sedap badan, merengek, dan demam pada
2 hari pertama sebelum ruam keluar. Kemudian diikuti dengan mula ruam berair,
biasanya bermula pada dada, belakang, muka, dan akhirnya merebak ke seluruh
badan. Demam boleh makin kurang, namun anak mungkin masih kelihatan lemah, dan
kurang selera makan. Pastikan anak mendapat air dan makan yang cukup untuk
mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Setelah hari ke 4-5, biasanya ruam akan mulai kering. Dan
akan membaik dalam masa 1 minggu dari hari pertama timbul symptom.
Ini adalah virus yang biasa dijangkiti anak yang berusia
kurang dari 2 tahun. Bermula dengan demam yang tinggi, boleh mencecah 40 darjah
selsius. Demam boleh berterusan dan naik turun dalam tempoh 3 – 7 hari. Dalam
masa yang sama, anak juga mempunyai symptom batuk, selsema, kurang selera
makan, dan juga cirit.
Setelah hari ke 7, dan demam reda, akan mula naik ruam merah
kecil di belakang dan depan dada anak. Yang akan bertahan lebih kurang 12 – 24
jam. Pada masa ini anak sudah mula aktif, dan nampak semakin membaik. Ibu bapa
sering risau pada masa ruam ini timbul, dan doktor biasanya akan menerangkan
bahawa ini adalah tanda bahawa anak akan kembali sihat.
Ini adalah sekumpulan virus yang sering menjangkiti anak
anak berusia kurang 5 tahun. Biasanya selepas kontak dengan kuman, 3 – 6 hari
seterusnya anak akan kelihatan tidak sihat dan demam pada 2 hari pertama.
Setelah itu, akan mulai kelihatan ruam pada hujung jari tangan, kaki, telapak
tangan kaki, tepi mulut, ulser dalam mulut, boleh juga ada ruam di punggung dan
kelengkang.
Masalah dari HFMD adalah ianya boleh menyebabkan anak tidak
mahu makan disebabkan ulser dalam mulut, yang mengakibatkan dehidrasi, juga
system pertahanan badan yang semakin lemah. Ruam juga boleh mendapat jangkitan
sekiranya tidak dijaga betul ataupun diletakkan bahan yang tidak bersih
padanya.
Bagi anak yang system pertahanan badannya kuat, dan tidak
mempunyai komplikasi yang lain, ruam biasanya akan berterusan sehingga lebih
kurang seminggu dah menghilang. Anak akan kembali sihat seperti biasa.
Selain dari yang 4 ini, banyak lagi jangkitan virus yang
akan berakhir dengan ruam, dan akan baik sendiri. Itulah sifat dari virus =
self limiting. Sekiranya sudah terjangkit, pantau dan pastikan system
pertahanan badan adalah kuat. Namun ada juga keadaan yang mendapat jangkitan
sekunder dari bakteria sebelum betul betul sembuh, dan ini harus mendapatkan
ubat yang lain.
Yang penting, sekiranya tidak pasti, bawa lah ke doktor
untuk diperiksa.
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
No comments:
Post a Comment