1. Apakah itu frenectomy / ‘tongue tie release’?
Frenectomy ataupun ‘tongue tie release’ adalah proses untuk
memotong tongue tie yang menimbulkan masalah. Pada bayi terutamanya, boleh
menggangu penyusuan. Prosedur ini boleh menjadi ‘life saving’ dalam sesetengah
kes, di mana ia akan membantu si bayi dan ibu keluar dari belenggu penyusuan
yang menyeksakan.
2. Adakah semua tongue tie memerlukan prosedur ini?
Tidak semestinya. Seperti disebut di atas, sekiranya ia
menggangu penyusuan, memang digalakkan untuk dilakukan secepat mungkin.
Sekiranya tidak, keadaan itu tidaklah ‘urgent’.
3. Apakah masalah penyusuan yang boleh disebabkan oleh
‘tongue tie’?
- Penyusuan yang lama (lebih 1 jam). Penyusuan yang optimal
biasanya dalam 20 – 30 min. Lebih dari tu sudah agak lama. Tapi kadangkala ada
bayi yang hanya ‘mengempeng’. Harus dibezakan bayi hisap untuk menyusu atau
mengempeng.
- Berat badan bayi yang tidak naik-naik.
- Bayi mengamuk selepas menyusu. Ini adalah subjektif.
Pastikan juga bukan masalah lain seperti bayi ingin dipeluk / dodoi / kembung,
etc.
- Untuk bayi baru lahir, kuning bayi tinggi / lambat turun.
- Bayi sering kembung / muntah dengan banyak selepas
menyusu.
- Hisapan yang sering terlepas dari puting ibu.
- Hisapan yang berbunyi.
- Puting ibu yang sakit dan melecet.
Kes yang jarang adalah seperti, masalah hisapan puting botol
susu, sukar mengawal air liur dan masalah mengunyah makanan.
Ini adalah di antara masalah yang saya sering jumpa.
Ada ibu dan bayi yang mempunyi banyak gejala, ada yang hanya
mempunyai 1 / 2. Biasanya saya akan periksa dan buat penilaian sama ada
prosedur adalah perlu atau pun tidak. Namun keputusan untuk diteruskan dengan
prosedur adalah di tangan ibu dan bapa.
4. Adakah prosedur ini akan memberikan efek positif pada
penyusuan bayi?
Ada satu survey yang telah saya lakukan dalam group sokongan
penyusuan Happy Breastfeeding Malaysia pada tanggal 23 Disember 2019. (rujuk
gambar)
319 ibu telah berkongsi jawapan, dan 291 ibu memberi jawapan yang positif. Ada juga 17 ibu yang memberi jawapan yang ianya tidak memberi perubahan dan 11 ibu yang lain yang merasakan penyusuan semakin sukar setelah prosedur.
Ini adalah di luar kawalan, dan harus dibuat kajian
sekiranya ada unsur dan faktor lain yang membawa kepada jawapan minoriti. Tapi
jelas, majority dari yang telah membuat prosedur dapat merasakan perubahan
positif penyusuan. Alhamdulillah!
5. Bagaimana dengan penjagaan selepas prosedur ini?
Untuk bayi, terutama yang < 6 bulan, prosedur adalah
mudah dan penyembuhan sangat cepat. Boleh berikan susu sejurus selepas
prosedur. Digalakkan untuk menyusu secara langsung untuk doktor menilai
penyusuan. Untuk yang berusia > 6 bulan, penjagaan dan pemberian makanan
adalah lebih kurang seperti bayi yang mempunyai ‘mouth ulcer’. Elakkan makanan
yang keras, dan boleh legakan bayi dengan memberi buah yang sejuk, contohnya.
Boleh ambil masa secepat 3 hari untuk bayi sembuh seperti
biasa. Ada yang ambil masa 1 minggu. Tapi secara amnya, bayi mungkin akan
meragam pada hari pertama / kedua sahaja. Keadaan ini adalah subjektif berbeza
mengikut perangai bayi.
Selaput berwarna putih pada bahagian luka mungkin dapat dilihat pada hari ke 2 -3 selepas prosedur. (rujuk gambar).
Selaput berwarna putih pada bahagian luka mungkin dapat dilihat pada hari ke 2 -3 selepas prosedur. (rujuk gambar).
Jangan khuatir, ini adalah normal. Ia adalah seperti keruping pada luka di kulit kita. Ia tidak menyebabkn bayi sakit, dan bukanlah tanda jangkitan. Ia akan menghilang dalam masa 1 – 2 minggu tergantung kes.
Jaga kebersihan dan pastikan apa yang dimasukkan dalam mulut
bayi adalah bersih.
6. Adakah tongue tie akan menyebabkan masalah percakapan?
Ia BOLEH menyebabkan masalah percakapan seperti speech delay
/ pelat, tapi TIDAK SEMESTINYA. Keadaan ini hanya boleh ditentukan sewaktu anak
sudah mencapai usia bercakap seperti pada usia 2 tahun.
7. Kalau anak dah berusia 2 tahun, boleh ke buat prosedur frenectomy?
Ya boleh. Tapi biasanya akan dirujuk ke doktor pakar ENT
dahulu untuk dibuat penilaian, dan untuk usia 2 tahun ke atas, prosedur
digalakkan dibuat di dewan bedah.
Dr Aimi Jaafar
Doktor Perubatan
Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi
01155167293
No comments:
Post a Comment