Sunday, May 31, 2020

PLANTAR FASCIITIS


Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama?

Itu adalah salah satu tanda yang sering dialami bagi yang ada masalah ini.

Plantar fascia adalah ligament, iaitu jaringan tissue yang tebal dan kuat, menghubungkan tulang tumit pada tulang depan tapak kaki. Keadaan plantar fasciitis adalah di mana ligament ini mengalami peradangan, dan mengakibatkan rasa sakit  pada masa masa tertentu.


Faktor risiko

- obese

- kasut yang keras, dan leper

- aktiviti yang berulang dan impak tinggi (berlari / jogging)

- aktiviti fizikal baru

- keadaan tapak kaki yang terlalu leper (pes planus) atau sisi kaki yang terlalu tinggi (pes cavus)

- angkat barang dan berdiri lama

- berjalan kaki ayam

Tanda dan gejala

-  sakit pada tapak kaki berhampiran tumit

- sakit kaki terutama beberapa langkah pertama selepas bangun dari tidur / rehat yang lama

- sakit lebih kuat selepas aktiviti (bukan sewaktu)

Rawatan

1. tuam dengan ais

2. kurangkan berat badan

3. regangan dan stretching yang bersesuaian (lihat gambar)

pijak dan pusingkan tin dengan tapak kaki. boleh lakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur, sebelum mulakan langkah pertama. lakukan 1 minit untuk 3 kali, dengan 30 saat rehat di antaranya.


4. pakai selipar yang lembut di dalam rumah / tempat kerja

5. pilih kasut yang mempunyai tapak yang lembut, tebal dan menyokong bentuk dalam kaki, kalau tak boleh tukar kasut, cari insert dalam kasut

6. ambil makanan yang kurangkan peradangan, supplement yang dicadangkan termasuk curcumin (dalam kunyit), minyak ikan (omega 3), magnesium chelate

7. sapu magnesium oil / butter dan lakukan urutan. 

urut dan regangkan tapak kaki sebelum berjalan pada waktu pagi selama 1 min, 3 kali, rehat 30 saat di antaranya. saya galakkan urutan dilakukan dengan magnesium oil / butter untuk hasil terbaik.

8. splint pada waktu malam (night splint)

9. ubat tahan sakit (untuk menghilangkan sakit, tidak merawat)

Berikut adalah antara rawatan yang boleh diterima untuk masalah plantar fasciitis. Cadangan saya, lihat pada punca utama yang menyebabkan masalah terjadi, dan rawatlah dari punca tersebut. Ramai pesakit yang mengamalkan ubat tahan sakit yang berulang-ulang untuk masalah ini, yang bagi saya hanyalah penyelesaian sementara.

Kenalilah badan anda, jagalah ia dengan sebaik mungkin.

Dr. Aimi Jaafar

Klinik Taqwa Bangi

credit https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3951039/


Saturday, May 30, 2020

TONGUE TIE RELEASE



Bayi berusia 12 hari, dengan masalah lekapan. Ibu juga mengalami sakit pada puting sewaktu bayi menyusu.

Ibu sangat tabah dan tidak putus asa memberikan susu badan secara terus pada si kecil. Namun bila diperiksa, ada tongue tie type 2 yang memang mengganggu bayi menyusu secara efektif.

Sekiranya tongue tie mengganggu penyusuan dan pembesaran bayi, memang digalakkan untuk buat prosedur frenectomy (tongue tie release) secepat mungkin.


Alhamdulillah prosedur dengan bayi A ini berjalan dengan cepat dan darah yang sangat sedikit. Bayi A juga tidak menangis lama dan terus menyusu. Semoga bayi A akan dapat menyusu dengan lebih mudah selepas ini, dan ibu dapat memberikan susunya selama yang mampu buat bayi A .


Dr Aimi Jaafar
Pegawai perubatan
Kaunselor laktasi
Klinik Taqwa Bangi

Pemeriksaan Hb Instant


Masalah kekurangan darah merah (hemoglobin / Hb) boleh jadi merbahaya terutamanya pada ibu mengandung, selepas bersalin, dan anak anak.

Di Klinik Taqwa Bangi, selain terdapat pemeriksaan full blood count, terdapat juga mesin pemeriksaan Hb instant. Amat berguna untuk memantau tahap Hb, dengan hanya setitik darah dan harga serendah RM15.

 
Boleh hubungi 011-55167293 untuk pertanyaan dan temu janji sekarang.

Thursday, May 28, 2020

PROSEDUR TONGUE TIE RELEASE / FRENECTOMY


Tanda-tanda biasa tongue tie menggangu penyusuan;

1. Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
2. Anak mengamuk setelah menyusu, seperti tidak cukup susu
3. Puting ibu sakit / luka sewaktu bayi menyusu
4. Anak kerap kembung / angin
5. Hisapan bayi berbunyi
6. Payudara ibu berketul seperti ada yang tersumbat disebabkan penyusuan yang tidak efektif dari anak



Dan lain-lain lagi. Perlu ingat, ada kes yang mempunyai semua tanda, ada yang mempunyai hanya 1 / 2, dan ada juga yang tidak mempunyai tanda / masalah langsung.



Boleh hubungi Cik Aishah untuk pertanyaan / membuat temujanji.
https://kliniktaqwabangi.wasap.my/

Prosedur tongue tie release yang dibuat oleh Dr. Aimi (MD, LC) di Klinik Taqwa Bangi.
Dapatkan sekali konsultasi penyusuan setelah prosedur.


Tuesday, May 26, 2020

Kes Tongue Tie Type 2


Prosedur tongue tie release yang dilakukan di Klinik Taqwa Bangi bagi bayi berusia 1 bulan lebih.

Bayi ini mempunyai masalah penyusuan yang terlalu lama, dan mengamuk selepas menyusu.

Selain memberi tips dan kaunseling penyusuan, Dr Aimi juga mencadangkan frenectomy (tongue tie release) supaya bayi lebih relaks untuk menyusu, juga mengelakkan risiko masalah percakapan pada masa akan datang.



Mesej untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut.

Friday, May 22, 2020

Scan Jantina


It's a BOY!

Tahukah anda, ultrasound 2D, tepat hampir 90% dalam memeriksa jantina bayi. Tak perlu menggunakan 3D / 5D. Usia bayi yang sesuai selalunya lebih dari 20 minggu kehamilan, dan sebelum 34 minggu.

Kalau dah nampak terang tang tang gini, insyaAllah boboy.
Untuk bayi perempuan, agak mencabar sikit. Tapi dengan pengalaman doktor dan posisi bayi yang sesuai, insyaAllah boleh dilihat 'Burger's sign'.

Tuesday, May 12, 2020

Ruam selepas demam



Adalah normal untuk anak anak demam. Itu adalah cara untuk badan bertindak untuk menguatkan system pertahanan badan apabila bertemu dengan kuman kuman baru.

Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah untuk mengawal, dan memastikan demam tersebut adalah serious ataupun tidak. Biasanya saya akan nasihatkan untuk bawa anak ke klinik untuk diperiksa sekiranya demam / sakit lebih dari 3 hari. Namun sekiranya ada tanda tanda bahaya lebih awal dari 3 hari, bawa lah untuk diperiksa segera.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai ruam selepas demam.
Kebanyakkan jangkitan virus, akan dimulai dengan demam dahulu, dah berakhir dengan ruam. 

Contohnya campak (measles), cacar air (chicken pox), roseola dan HFMD. Jom kita berkenalan dengan keempat-empat jangkitan ini dahulu.

1. Campak (Measles)


Jangkitan ini adalah jarang dijumpai sebenarnya, disebabkan ianya sudah termasuk dalam vaksin MMR yang diberikan pada usia 9 bulan dan 12 bulan, yang memberikan 98% pertahanan dari jangkitan ini. Namun kadangkala dijumpai juga.
Kontak pertama anak dengan jangkitan ini boleh terjadi lebih kurang 2 minggu sebelum hari anak muai demam. Dalam masa 2 minggu tersebut, kuman sudah ada dalam badan, namun symptom belum keluar.

Anak akan mulai demam panas, berterusan, dan symptom lain seperti batuk, selsema, kurang selera makan, lemah, dan sakit mata akan muncul sedikit demi sedikit. Waktu ini biasanya ibu bapa akan mulai risau, dan untuk anak yang mempunyai system pertahanan yang rendah, lebih mudah untuk pendapat komplikasi seperti dehidrasi, pneumonia (jangkitan paru-paru) ataupun meningitis (jangkitan selaput otak).

Tugas ibu bapa adalah untuk pastikan anak makan, cukup cecair dalam badan, berikan nutrisi yang boleh meningkatkan system pertahanan tubuhnya, dan sekiranya nampak terlalu lemah, jangan terlambat bawa ke klinik / hospital.

Anak akan sakit dalam masa lebih kurang 10 hari, sehingga akhirnya akan keluar ruam besar dan merah pada badan. Waktu ini biasanya akan akan semakin sembuh, demam semakin kurang.
Setelah habis ruam keluar, ia akan perlahan lahan hilang, dan anak akan kembali sihat seperti biasa. Tempoh masa sakit lebih kurang 2 minggu.

2. Cacar air (chicken pox)


Biasanya kontak pertama anak dengan jangkitan ini terjadi lebih kurang 10 - 21 hari sebelum tanda pertama keluar.

Anak akan mulai tidak sedap badan, merengek, dan demam pada 2 hari pertama sebelum ruam keluar. Kemudian diikuti dengan mula ruam berair, biasanya bermula pada dada, belakang, muka, dan akhirnya merebak ke seluruh badan. Demam boleh makin kurang, namun anak mungkin masih kelihatan lemah, dan kurang selera makan. Pastikan anak mendapat air dan makan yang cukup untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Setelah hari ke 4-5, biasanya ruam akan mulai kering. Dan akan membaik dalam masa 1 minggu dari hari pertama timbul symptom.

3. Roseola


Ini adalah virus yang biasa dijangkiti anak yang berusia kurang dari 2 tahun. Bermula dengan demam yang tinggi, boleh mencecah 40 darjah selsius. Demam boleh berterusan dan naik turun dalam tempoh 3 – 7 hari. Dalam masa yang sama, anak juga mempunyai symptom batuk, selsema, kurang selera makan, dan juga cirit.

Setelah hari ke 7, dan demam reda, akan mula naik ruam merah kecil di belakang dan depan dada anak. Yang akan bertahan lebih kurang 12 – 24 jam. Pada masa ini anak sudah mula aktif, dan nampak semakin membaik. Ibu bapa sering risau pada masa ruam ini timbul, dan doktor biasanya akan menerangkan bahawa ini adalah tanda bahawa anak akan kembali sihat.

4. Hand foot mouth disease


Ini adalah sekumpulan virus yang sering menjangkiti anak anak berusia kurang 5 tahun. Biasanya selepas kontak dengan kuman, 3 – 6 hari seterusnya anak akan kelihatan tidak sihat dan demam pada 2 hari pertama. Setelah itu, akan mulai kelihatan ruam pada hujung jari tangan, kaki, telapak tangan kaki, tepi mulut, ulser dalam mulut, boleh juga ada ruam di punggung dan kelengkang.

Masalah dari HFMD adalah ianya boleh menyebabkan anak tidak mahu makan disebabkan ulser dalam mulut, yang mengakibatkan dehidrasi, juga system pertahanan badan yang semakin lemah. Ruam juga boleh mendapat jangkitan sekiranya tidak dijaga betul ataupun diletakkan bahan yang tidak bersih padanya.

Bagi anak yang system pertahanan badannya kuat, dan tidak mempunyai komplikasi yang lain, ruam biasanya akan berterusan sehingga lebih kurang seminggu dah menghilang. Anak akan kembali sihat seperti biasa.

Selain dari yang 4 ini, banyak lagi jangkitan virus yang akan berakhir dengan ruam, dan akan baik sendiri. Itulah sifat dari virus = self limiting. Sekiranya sudah terjangkit, pantau dan pastikan system pertahanan badan adalah kuat. Namun ada juga keadaan yang mendapat jangkitan sekunder dari bakteria sebelum betul betul sembuh, dan ini harus mendapatkan ubat yang lain.
Yang penting, sekiranya tidak pasti, bawa lah ke doktor untuk diperiksa.

Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi

Monday, May 11, 2020

SOALAN LAZIM MENGENAI TONGUE TIE DAN FRENECTOMY



1. Apakah itu frenectomy / ‘tongue tie release’?
Frenectomy ataupun ‘tongue tie release’ adalah proses untuk memotong tongue tie yang menimbulkan masalah. Pada bayi terutamanya, boleh menggangu penyusuan. Prosedur ini boleh menjadi ‘life saving’ dalam sesetengah kes, di mana ia akan membantu si bayi dan ibu keluar dari belenggu penyusuan yang menyeksakan.

2. Adakah semua tongue tie memerlukan prosedur ini?
Tidak semestinya. Seperti disebut di atas, sekiranya ia menggangu penyusuan, memang digalakkan untuk dilakukan secepat mungkin. Sekiranya tidak, keadaan itu tidaklah ‘urgent’.

3. Apakah masalah penyusuan yang boleh disebabkan oleh ‘tongue tie’?
- Penyusuan yang lama (lebih 1 jam). Penyusuan yang optimal biasanya dalam 20 – 30 min. Lebih dari tu sudah agak lama. Tapi kadangkala ada bayi yang hanya ‘mengempeng’. Harus dibezakan bayi hisap untuk menyusu atau mengempeng.
- Berat badan bayi yang tidak naik-naik.
- Bayi mengamuk selepas menyusu. Ini adalah subjektif. Pastikan juga bukan masalah lain seperti bayi ingin dipeluk / dodoi / kembung, etc.
- Untuk bayi baru lahir, kuning bayi tinggi / lambat turun.
- Bayi sering kembung / muntah dengan banyak selepas menyusu.
- Hisapan yang sering terlepas dari puting ibu.
- Hisapan yang berbunyi.
- Puting ibu yang sakit dan melecet.

Kes yang jarang adalah seperti, masalah hisapan puting botol susu, sukar mengawal air liur dan masalah mengunyah makanan.

Ini adalah di antara masalah yang saya sering jumpa.

Ada ibu dan bayi yang mempunyi banyak gejala, ada yang hanya mempunyai 1 / 2. Biasanya saya akan periksa dan buat penilaian sama ada prosedur adalah perlu atau pun tidak. Namun keputusan untuk diteruskan dengan prosedur adalah di tangan ibu dan bapa.

4. Adakah prosedur ini akan memberikan efek positif pada penyusuan bayi?
Ada satu survey yang telah saya lakukan dalam group sokongan penyusuan Happy Breastfeeding Malaysia pada tanggal 23 Disember 2019. (rujuk gambar)


319 ibu telah berkongsi jawapan, dan 291 ibu memberi jawapan yang positif. Ada juga 17 ibu yang memberi jawapan yang ianya tidak memberi perubahan  dan 11 ibu yang lain yang merasakan penyusuan semakin sukar setelah prosedur.

Ini adalah di luar kawalan, dan harus dibuat kajian sekiranya ada unsur dan faktor lain yang membawa kepada jawapan minoriti. Tapi jelas, majority dari yang telah membuat prosedur dapat merasakan perubahan positif penyusuan.  Alhamdulillah!

5. Bagaimana dengan penjagaan selepas prosedur ini?
Untuk bayi, terutama yang < 6 bulan, prosedur adalah mudah dan penyembuhan sangat cepat. Boleh berikan susu sejurus selepas prosedur. Digalakkan untuk menyusu secara langsung untuk doktor menilai penyusuan. Untuk yang berusia > 6 bulan, penjagaan dan pemberian makanan adalah lebih kurang seperti bayi yang mempunyai ‘mouth ulcer’. Elakkan makanan yang keras, dan boleh legakan bayi dengan memberi buah yang sejuk, contohnya.

Boleh ambil masa secepat 3 hari untuk bayi sembuh seperti biasa. Ada yang ambil masa 1 minggu. Tapi secara amnya, bayi mungkin akan meragam pada hari pertama / kedua sahaja. Keadaan ini adalah subjektif berbeza mengikut perangai bayi.

Selaput berwarna putih pada bahagian luka mungkin dapat dilihat pada hari ke 2 -3 selepas prosedur. (rujuk gambar).


Jangan khuatir, ini adalah normal. Ia adalah seperti keruping pada luka di kulit kita. Ia tidak menyebabkn bayi sakit, dan bukanlah tanda jangkitan. Ia akan menghilang dalam masa 1 – 2 minggu tergantung kes.

Jaga kebersihan dan pastikan apa yang dimasukkan dalam mulut bayi adalah bersih.

6. Adakah tongue tie akan menyebabkan masalah percakapan?
Ia BOLEH menyebabkan masalah percakapan seperti speech delay / pelat, tapi TIDAK SEMESTINYA. Keadaan ini hanya boleh ditentukan sewaktu anak sudah mencapai usia bercakap seperti pada usia 2 tahun.

7. Kalau anak dah berusia 2 tahun, boleh ke buat prosedur frenectomy?
Ya boleh. Tapi biasanya akan dirujuk ke doktor pakar ENT dahulu untuk dibuat penilaian, dan untuk usia 2 tahun ke atas, prosedur digalakkan dibuat di dewan bedah.

Dr Aimi Jaafar
Doktor Perubatan
Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi
01155167293

Wednesday, May 6, 2020

PERANAN LIDAH DALAM PENYUSUAN



Peranan lidah sewaktu menyusu. Hisapan yang bagus adalah penting untuk bayi mendapatkan susu yang cukup, sebagai rangsangan untuk kekalkan supply susu ibu, dan juga mengelakkan ibu mengalami sakit pada puting / bengkak payudara.

Hubungi lactation counsellor terdekat sekiranya anda mengalami masalah penyusuan.

Monday, May 4, 2020

MAINAN KEGEMARAN BAYI (MILESTONE BAYI 9 BULAN)


Saya selalu bertanyakan sekiranya bayi ada mainan kegemaran, terutamanya untuk bayi yang berusia 9 bulan. Ramai ibu bapa yang menjawab 'tak perasan', ataupun 'anak saya main dengan semua benda'.
Sebenarnya bayi yang berusia 9 bulan ke atas, sudah lebih berkembang emosi nya, dan antara penilaian emosi bayi adalah kecenderungan bayi untuk mempunyai mainan kegemaran.


Mainan kegemaran ini dipanggil juga sebagai 'objek peralihan' (transition object), di mana ia membantu peralihan emosi bayi dari kebergantungan (dependent) kepada lebih berdikari (independent).



Kadang kala anak sudah mempunyai mainan yang disukai, tapi tidak dikenalpasti oleh ibu bapa / penjaga. Jadi tidak diberikan pada anak untuk bermain.

Dalam kes Afin, saya sebagai ibu sudah perasan yang Afin akan ambil masa dalam 1 - 2 minit untuk bermain dengan mainan ini sahaja setiap kali dia terjumpa mainan ini sejak usia nya 8 bulan. Jadi memang mainan ini antara yang wajib saya hulurkan untuknya, termasuk beberapa mainan lain yang selalu dipegang dan di'kaji' Afin.

Kalau boleh cari mainan yang ada unsur positif dan membantu perkembangan bayi yang lain, seperti unsur cognitif, skil motor halus, dan sensori.

Ketahui pertumbuhan dan perkembangan anak anda dengan membuat pemeriksaan berkala di klinik.

Dr Aimi Jaafar
Doktor Perubatan / Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi

Notakaki:
Di Klinik Taqwa Bangi, pakej baby wellness bermula dari usia bayi 2 bulan, sehingga 2 tahun. Hubungi Cik Aishah untuk pertanyaan dan temujanji, 01155167293.

Saturday, May 2, 2020

FULL BLOOD COUNT


Adakah anda demam / sakit lebih 3 hari?
Doktor nak mulakan antibiotik?
Tak pasti punca demam?
Ataupun selalu ditegur kelihatan pucat, dan mudah penat?



Pemeriksaan yang mudah ini boleh dibuat di Klinik Taqwa Bangi, dan dapat keputusan dalam masa 1 minit.

Walk in di Klinik Taqwa Bangi pada waktu klinik beroperasi, ataupun hubungi Cik Aishah di 011-55167293 untuk pertanyaan.

https://kliniktaqwabangi.wasap.my/

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...