RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN
Ramai ibu ibu yang menghadapi masalah ini. Ramai yang berasa murung dan ada yang merasakan kurang yakin dengan diri dengan keadaan rambut yang semakin menipis.
Apakah penyebab kepada masalah ini?
Sebenarnya keadaan ini adalah normal.
Sewaktu mengandung, yang pertama akan naik ialah hormon hCG (human chorionic gonadotropin). Hormon lain yang akan naik ialah estrogen, progesterone, oxytocin, dan prolactin. Volume darah juga akan meningkat sewaktu mengandung, 50% dari normal.
Sejurus selepas bersalin, beberapa hormon akan terus turun secara mendadak, termasuk estrogen dan progesteron. Hormon – hormon ini akan kembali ke level normal dalam masa 24 jam selepas bersalin, namun prolactin akan tetap tinggi sepanjang tempoh penyusuan. Volume darah juga akan berkurang secara beransur ansur, dan kembali ke level normal dalam beberapa minggu selepas kelahiran anak.
Perubahan hormon-hormon ini adalah penyebab utama kenapa rambut gugur selepas bersalin. Sewaktu mengandung, estrogen dalam badan tinggi, dan menghalang keguguran rambut yang biasa. Adalah normal untuk rambut gugur dalam kuantiti sedikit setiap hari. Efek ini juga disokong oleh peningkatan volume dan peredaran darah.
Selepas kelahiran anak, level hormon ini berkurang, juga akan menyebabkan rambut gugur lebih banyak dari biasa. Jumlah keguguran rambut mungkin sama jika dikira sepanjang tempoh 9 bulan, namun disebabkan ianya turun mendadak dalam masa yang sama, terasa sangat banyak.
Keadaan ini boleh terjadi sejurus selepas kelahiran anak, sehingga anak berusia 1 tahun. Selalunya waktu kemuncak ialah pada bulan ke 4 kelahiran anak.
Biasanya rambut akan kembali normal selepas 1 tahun, tanpa rawatan apa apa. Namun ada beberapa cara untuk membantu.
1. Makanan untuk tingkatkan kesihatan rambut secara umum termasuk sayuran hijau (iron dan vit c), keledek dan lobak merah (beta carotene), telur (vit D), ikan (omega 3 dan magnesium). Makanan tambahan (supplement) harus diambil dengan berjaga-jaga, lebih lebih lagi jika menyusu badan. Yang lebih penting ialah tingkat kesihatan secara keseluruhan.
2. Elakkan mendandan rambut yang berlebihan. sikat rambut terlalu kerap juga boleh menambahkan keguguran rambut. Cukup dengan gentle brushing sekali sehari.
3. Pilih shampoo yang bersesuai. Volumizing shampoo lebih sesuai dari conditioning shampoo untuk kes ini. Ada juga yang mencadangkan penggunaan baking soda + cuka.
4. Tukar gaya rambut. Rambut pendek akan menampakkan rambut lebih lebat.
5. Biarkan rambut kering sendiri. Elakkan gosok rambut terlalu kuat atau menggunakan hair dryer.
6. Essential oil yang boleh membantu merangsang folikel rambut termasuk rosemary oil, lavender, clary sage dan thyme. Campur dalam carrier oil seperti minyak kepala atau rosehip seed. (yang lebih arif mengenai essential oil boleh kongsi juga).
7. Kawal stress. Setiap orang lain cara untuk menangani stress. Sebagai ibu baru, cuba untuk ambil masa 10 – 15 min setiap hari sendirian untuk kurangkan rasa stress. Gunakan masa ini dengan bijak, seperti rendam dalam air mandian panas, atau nikmati minum petang yang enak.

Harap dapat melegakan kebanyakkan ibu di sana. Anda tidak bersendirian!
Dr Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
Klinik Taqwa Bangi
No comments:
Post a Comment