Ada beberapa insiden dalam kehidupan saya yang menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam berucap, mahupun menulis. Kadangkala kita sangat mudah berkata-kata. Apatah lagi sekiranya perkara tersebut kita tak pernah alami.
Kerana jika Allah mahu tunjuk, mahu uji, benda yang kita katakan itu, boleh terus terjadi pada diri sendiri. Dan pada waktu itulah kita akan kembali teringat tentang kata-kata diri sendiri. Sesungguhnya realiti sememangnya tidak semudah ucapan.
Zaman media sosial sekarang sangat besar ujiannya. Zaman saya kecil dahulu, kalau nak online pun harus ke warnet / cc. Nak berdiskusi, ikut topik, ada moderator yang kawal dan warning kalau merapu, ni zaman forum hehe. Nak chatting kena tunggu pihak sebelah sana online juga, kadang tu invisible, kita buzz buzz aja dulu heheh, e eh off topic pulak 😆.
Tapi zaman sekarang, nak chatting setiap masa, di mana saja boleh, termasuk juga komen dan berikan pendapat tentang semua perkara, seolah-olah kita tahu semuanya.
Sekadar peringatan dan muhasabah buat diri sendiri juga. Kalau tak ada benda yang baik untuk dikatakan, simpan aja dalam diri. Kalau kata-kata itu berbaur sindiran dan bertujuan menyakitkan yang lain, istighfar dan lupakanlah. Alihkan geram dan marah itu kepada sesuatu yang lebih membina, yang lebih positive.
Cakap senang kan?
No comments:
Post a Comment