Stress
Kita selalu sebut perkataan itu kan? “Janagn kacau mama tengah stress!”, “Kenapa muka macam stress je ni?”, “Aku stress la”, dll.
Tapi pernahkan kita betul betul cuba mendalami stress?
Sebenarnya kita sudah berkenalan dengan stress sejak awal kelahiran kita. Lahir-lahir, kena menangis dan kembangkan paru-paru kali pertama yang sebelum ini selesa dalam perut ibu. Dah lahir, kena belajar menyusu untuk dapatkan nutrisi. Lepastu belajar bergerak, meniarap, merangkak, berjalan, bercakap, dan lain lain.
Adakah anak-anak yang lalui semua fasa di atas tanpa stress?
Apa itu stress?
Setiap individu tidak akan terlepas daripada mengalami stres. Semua orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam hidupnya. Iaadalah respons fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.
Stres yang sederhana adalah berguna dan boleh menjadi faktor motivasi dalam perkembangan hidup seseorang tetapi stres yang berlebihan adalah merosakkan.
Contohnya, sebuah perkahwinan atau perhubungan, pasti akan mengalami stress pada satu tahap. Mungkin akan ada perselisihan faham yang mengakibatkan stress pada pasangan. Sekiranya dapat diatasi, perhubugnan tersebut boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kerana akan ada kesedaran tentang kepentingan pasangan anda, dan anda sangat menghargai kehadirannya.
Stress berat biasanya memerlukan bantuan lain untuk diatasi. Selain diri sendiri yang harus berubah pemikiran kepada lebih positif, mungkin bantuan professional atau individu lain adalah diperlukan. Selalunya bukan untuk memberikan jawapan kepada kita, tetapi untuk membantu kita mendapatkan jawapan terbaik, yang sebenarnya ada dalam diri kita sendiri.
Sekiranya anda berdepan dengan stress yang tidak dapat diatasi sendiri, carilah bantuan. Family member, kawan-kawan, support group, coach, psychologist, mahupun psychiatrist. Mencari bantuan bukanlah bermakna kita gagal dalam pelayaran, tetapi kita memberikan tali pada seseorang untuk menarik bot yang hampir karam, mungkin hanya sedikit tarikan diperlukan, untuk kita kembali mengawal arus.
No comments:
Post a Comment