Pernah tak anda mengalami keadaan di mana pusat bayi sudah
luruh, tetapi asyik berair dan kadang kala berdarah?
Keadaan ini boleh terjadi pada 1 di antara 500 orang bayi,
dipanggil umbilical granuloma. Ia adalah apabila terdapatnya jaringan (tissue)
yang tertinggal di pusat bayi setelah tali pusat luruh.
Untuk keadaan umbilical granuloma, harus dipastikan pusat
adalah bersih. Boleh lakukan cucian dengan ‘normal saline’. Keadaannya yang
berair memudahkan terjadi jangkitan kuman. Sekiranya ada jangkitan, bayi
mungkin boleh demam dan juga menyebabkan prolonged jaundice. Oleh itu penjagaan
supaya pusat adalah bersih adalah penting. Ia boleh baik sendiri dalam masa 1 -
2 minggu.
Untuk sapuan, elakkan letak apa-apa krim atau minyak yang
tidak diketahui isinya. Kalau di klinik saya, saya akan berikan sapuan untuk
elakkan jangkitan kuman dan juga bantu untuk keringkan pusat.
Namun begitu ada juga keadaan di mana kes akan dirujuk ke
bahagian pembedahan. Contohnya sekiranya keadaan tidak makin baik ataupun
semakin melarat. Terdapat rawatan dan ubatan yang hanya boleh diberikan oleh
doktor pakar.
Ada juga keadaan yang lebih serius di mana adanya sambungan
antara pusat dengan pundi kencing / usus.
Jadi sekiranya ada keadaan di mana pusat kelihatan berair
walaupun setelah tali pusat sudah luruh, bawalah bayi ke doktor untuk
dipastikan masalahnya.
Disclaimer;
Dr. Aimi adalah doktor perubatan am di Klinik Taqwa Bangi.
Harap maklum.
No comments:
Post a Comment