Monday, August 28, 2017

PENDEKATAN EKZEMA SECARA KESELURUHAN

PENDEKATAN EKZEMA SECARA KESELURUHAN




Prevalensi eczema dan atopic dermatitis sejak dekad ini sudah bertambah secara dramatik sekali. Atopic dermatitis sekarang melibatkan 20% kanak kanak dan 3% orang dewasa, dan menjadi satu keadaan yang signifikan dalam sistem perubatan, juga menganggu kualiti hidup pesakit.
Rawatan konvesional untuk eczema termasuk ubat sapu steroid, corticosteroid, immunomodulators, dan antihistamin, semuanya memerlukan penggunaan berterusan.
Di sini, kami menggalakkan pengesanan punca, dan menyelesaikan masalah dari pelbagai aspek seperti nutrisi dan gaya hidup. Eczema boleh dirawat dari dalam dan luar.
1. Hapuskan makanan / allergen yang menjadi trigger respon imun
Boleh lakukan allergy test / patch test untuk mengetahui dengan pasti makanan / allergen apa yang merupakan trigger pada eczema.
Untuk allergy test, biasanya sesuai untuk anak 2 tahun ke atas yang sudah banyak exposure pada makanan pelbagai. Namun boleh juga buat untuk bayi lebih muda. Contohnya, sekiranya bayi memang minum susu formula soya, dan ingin pastikan bahawa eczema disebabkan susu tersebut. Tapi kalau tanya saya, lebih senang kalau hentikan susu dan perhatikan. Sekiranya memang eczema berkurang setelah henti susu, memang susu itulah penyebabnya.
Lebih mudah untuk mengawal pemakanan pada bayi / anak yang kecil kerana menu makanannya masih terhad. Jadi ibu bapa boleh agak dan lakukan eksperimen sendiri.
Selain itu, boleh cuba dengan elakkan makanan bersumber tenusu, gandum, telur, dan kekacang selama 30 – 60 hari. Ini kerana makanan tersebut paling selalu menyebabkan radang pada usus, dan seterusnya kulit. Setelah rehat selama 1 – 2 bulan, boleh cuba kembali sikit sikit, dan berhenti sekiranya menunjukkan reaksi yang tidak diingini. Boleh terus elakkan makanan tersebut sekiranya memang menggangu kesihatan usus dan kulit.
2. Tingkatkan pengambilan nutrient yang membantu dalam kesihatan kulit
Vitamin, mineral dan nutrient dalam pemakanan banyak pengaruhnya pada perkembangan dan imuniti kulit. Ada beberapa yang impak nya lebih kepada kulit dan fungsi imunitas secara keseluruhan.
Vitamin A: cod liver oil, hati
Zinc: hati, daging lembu / kambing, sprouted nuts / seeds
Vitamin C: brokoli, sayuran hijau, buah buahan citrus, strawberi
Omega-3s: (penting untuk kurangkan inflamasi) DHA, EPA
Niacin (B3): daging, tuna, salmon, seeds, sayuran hijau, kopi, teh
Vitamin E: bayam, brokoli, kale, olive oil
Pantothenic acid (B5): hati, telur merah, brokoli, ikan, kupang, tenusu, ayam, cendawan, avocado, ubi keledek. Vitamin ini mudah hilang dengan panas, jadi makan mentah atau masak dengan api perlahan adalah terbaik.
Vitamin D: cod liver oil, berjemur di bawah matahari pagi
3. Sihatkan bacteria baik (probiotic) dalam usus
Supplement prebiotic (makanan kepada probiotic), penting dalam meningkatkan kualiti dan kesihatan bakteria baik dalam perut, dan akhirnya kulit yang sihat.
4. Kurangkan stress mental dan emosi.
5. Kurangkan toksik logam berat.
Terutama perkakas masakan di rumah seperti aluminium.
6. Elakkan bahan sapuan / detergen yang boleh menyebabkan iritasi. 
Pilih produk sapuan yang lebih lembut dan mesra kulit. Lebih alami, lebih bagus.
7. Histamine. 
Tingkatkan tolerance badan kepada histamine dengan mengambil makanan tinggi DAO seperti extra virgin olive oil, sprouted peas. Kurangkan makanan yang tinggi histamine terutama sewaktu tengah radang.
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi 
Boleh datang untuk konsultasi dan rawatan di Klinik Taqwa.
Kami juga sediakan pemeriksaan seperti Allergy test, dan Hair Tissue Mineral Analysis.
Selain itu, kami mempunyai product natural yang sesuai untuk kulit sensitif dan ekzema.
Hubungi 011-55167293 / 016-2894717 untuk temujanji / pertanyaan.

Thursday, August 10, 2017

INTUSSUSCEPTION PADA KANAK-KANAK


INTUSSUSCEPTION PADA KANAK-KANAK



Apa itu? Nak sebut pun berbelit lidah. Biasa di kalangan para doktor dan petugas kesihatan, hanya akan disebut ‘intus’.
Ia adalah satu masalah usus tersumbat (intestinal obstruction) yang paling tinggi terjadi pada anak-anak dalam lingkungan usia 5 bulan hingga 3 tahun. 2/3 kanak-kanak yang mengalami masalah ini adalah lebih muda dari 1 tahun, selalunya dalam lingkungan usia 5 -10 bulan.
Apakah itu intussusception?
Ia adalah keadaan di mana sebahagian dari usus kecil, termasuk ke dalam lumen usus yang sama (invagination), sehingga menyebabkan usus tersumbat. Penanganan awal penting untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Jika tidak ada rawatan dalam masa 2-5 hari, boleh menyebabkan kematian.
Gejala.
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini selalunya pernah mempunyai sejarah jangkitan kuman di bahagian atas pernafasan (upper respiratory tract infection). Gejalanya termasuk;
- Muntah. Pada awalnya muntah boleh seperti muntah biasa. Tapi apabila usus mulai tersumbat, muntah boleh menjadi hijau.
- Sakit perut. Sakit perut untuk masalah intus adalah sangat spesifik dan penting untuk doktor membuat diagnosa. Sakitnya memulas, kuat dan intermittent (datang dan pergi dalam masa yang lebih kurang sama). Biasanya anak anak akan bermain, menangis, bermain balik dan menangis balik. Cycle ini akan berulang ulang (bersamaan dengan pergerakan usus iaitu peristalsis). Jika anak sudah boleh bercakap, mungkin anak akan mengadu sakit. Untuk anak lebih kecil, lebih kepada menangis dan merengek.
- Buang air besar berdarah dan berlendir. Pada fasa lebih awal, anak boleh dapat cirit dahulu. Keadaan apabila ada darah dan lendir dalam najis, menunjukkan ianya sudah agak lama.
- Penat dan letih (lethargy). Sekiranya keadaan tidak diperasan lebih awal, ia akan menyebabkan anak menjadi lemah. Kerana makanan dan air tidak dapat diproses oleh badan.
- Ketulan di perut yang boleh dirasa. Ketulan memanjang seperti sausage di bahagian kanan tengah perut, (Dance sign). Tidak harus, namun boleh dijumpai.
- Demam.
Diagnosis.
Doktor mungkin akan melakukan xray perut. Dari xray boleh mendapat clue masalah, seperti usus tersumbat boleh dilihat daripada xray. Namun untuk confirm kan diagnosis ini, harus dilakukan pemeriksaan ultrasound (pseudokidney sign).
Rawatan.
Setelah confirm ianya adalah intus, dan anak dalam keadaan stabil. Doktor boleh melakukan prosedur untuk mengeluarkan usus yang termasuk tadi. Prosedur ini diberi nama hydrostatic reduction. Anak akan diberikan ubat untuk mengantuk dan relax, doktor akan memasukkan air dengan laju dari dubur. Pressure yang kuat ini akan menolak usus supaya keluar dari sumbatan, dan usus akan kembali normal. Namun ada syarat-syarat untuk procedure ini. Antaranya adalah, ianya akan dibuat 3 kali sahaja, sekiranya masih gagal, pembedahan harus dilakukan.
Apa yang menyebabkan keadaan ini?
Keadaan paling biasa dialami oleh anak anak ialah idiopathic intussusception. Teori yang boleh menerangkan keadaan ini ialah ia disebabkan Peyer patch yang membesar. Hipotesa ini disokong oleh 3 pemerhatian; 1. Selalu keadaan ini dimulai dengan jangkitan kuman di bahagian pernafasan atas, 2. Bahagian ileiocolic mempunyai konsentrasi kelenjar limpa (lymph node) yang paling banyak di mesentery , dan 3. Pembesaran kelenjar limpa selalu dijumpai pada pesakit yang memerlukan pembedahan. Sama ada pembesaran Peyer patch menyebabkan keadaan ini atau disebabkan oleh keadaan ini masih tidak jelas.
Selain itu ada penyebab- penyebab yang lain yang anda boleh kaji dan cari informasi sendiri. (eg; cystic fibrosis, and intestinal polyps).
--------------------------------------
Sebenarnya tulisan kali ini adalah sempena peringatan atas pengalaman saya sendiri 2 tahun lepas. 
Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi di mana anak sulung saya mengalami Intus sewaktu usianya 1 tahun 7 bulan. Sewaktu itu saya bekerja di bahagian pembedahan, dan dapat kesan gejalanya pada peringkat awal. Gejala yang membuatkan saya tergerak untuk melakukan pemeriksaan ialah muntah, dan sakit perut intermittent. Waktu itu anak saya belum pandai bercakap, tapi dia akan peluk saya sambil merengkokkan badannya dan merengek. Lepas tu dia akan bermain, dan kembali memeluk saya. Mula mula macam tak percaya, tapi apabila keadaan ini jadi beberapa kali, saya rasa memang ada masalah.
Pemeriksaan dengan ultrasound menunjukkan pseudokidney sign, dan prosedur reduction dilakukan dengan cepat. Alhamdullilah setelah melalui prosedur tersebut, anak saya kembali sihat. Namun harus berjaga jaga juga kerana keadaan ini boleh terjadi lagi pada anak yang sama.
Kesimpulannya,
- Perhatikan dengan teliti sekiranya anak anda sakit perut, tidak selera makan, dan muntah.
- Berikan maklumat yang tepat pada doktor, seperti sakit perutnya datang bila, muntah bagaimana, najis warna apa. Boleh ambil gambar atau bawa pampers sekali untuk doktor tengok.
- Sekiranya anak anda ada batuk dan selsema pun harus ingat bila. Kalau boleh pastikan sistem pertahanan badan anak cukup kuat supaya boleh melawan kuman secara sepenuhnya.
Semoga dapat sedikit sebanyak berkongsi dengan semua. 
Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
011-55167293 / 016-289 4717 

Saturday, August 5, 2017

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN


RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN



Ramai ibu ibu yang menghadapi masalah ini. Ramai yang berasa murung dan ada yang merasakan kurang yakin dengan diri dengan keadaan rambut yang semakin menipis. 
Apakah penyebab kepada masalah ini?
Sebenarnya keadaan ini adalah normal.
Sewaktu mengandung, yang pertama akan naik ialah hormon hCG (human chorionic gonadotropin). Hormon lain yang akan naik ialah estrogen, progesterone, oxytocin, dan prolactin. Volume darah juga akan meningkat sewaktu mengandung, 50% dari normal.
Sejurus selepas bersalin, beberapa hormon akan terus turun secara mendadak, termasuk estrogen dan progesteron. Hormon – hormon ini akan kembali ke level normal dalam masa 24 jam selepas bersalin, namun prolactin akan tetap tinggi sepanjang tempoh penyusuan. Volume darah juga akan berkurang secara beransur ansur, dan kembali ke level normal dalam beberapa minggu selepas kelahiran anak.
Perubahan hormon-hormon ini adalah penyebab utama kenapa rambut gugur selepas bersalin. Sewaktu mengandung, estrogen dalam badan tinggi, dan menghalang keguguran rambut yang biasa. Adalah normal untuk rambut gugur dalam kuantiti sedikit setiap hari. Efek ini juga disokong oleh peningkatan volume dan peredaran darah. 
Selepas kelahiran anak, level hormon ini berkurang, juga akan menyebabkan rambut gugur lebih banyak dari biasa. Jumlah keguguran rambut mungkin sama jika dikira sepanjang tempoh 9 bulan, namun disebabkan ianya turun mendadak dalam masa yang sama, terasa sangat banyak.
Keadaan ini boleh terjadi sejurus selepas kelahiran anak, sehingga anak berusia 1 tahun. Selalunya waktu kemuncak ialah pada bulan ke 4 kelahiran anak. 
Biasanya rambut akan kembali normal selepas 1 tahun, tanpa rawatan apa apa. Namun ada beberapa cara untuk membantu.
1. Makanan untuk tingkatkan kesihatan rambut secara umum termasuk sayuran hijau (iron dan vit c), keledek dan lobak merah (beta carotene), telur (vit D), ikan (omega 3 dan magnesium). Makanan tambahan (supplement) harus diambil dengan berjaga-jaga, lebih lebih lagi jika menyusu badan. Yang lebih penting ialah tingkat kesihatan secara keseluruhan.
2. Elakkan mendandan rambut yang berlebihan. sikat rambut terlalu kerap juga boleh menambahkan keguguran rambut. Cukup dengan gentle brushing sekali sehari.
3. Pilih shampoo yang bersesuai. Volumizing shampoo lebih sesuai dari conditioning shampoo untuk kes ini. Ada juga yang mencadangkan penggunaan baking soda + cuka.
4. Tukar gaya rambut. Rambut pendek akan menampakkan rambut lebih lebat.
5. Biarkan rambut kering sendiri. Elakkan gosok rambut terlalu kuat atau menggunakan hair dryer.
6. Essential oil yang boleh membantu merangsang folikel rambut termasuk rosemary oil, lavender, clary sage dan thyme. Campur dalam carrier oil seperti minyak kepala atau rosehip seed. (yang lebih arif mengenai essential oil boleh kongsi juga).
7. Kawal stress. Setiap orang lain cara untuk menangani stress. Sebagai ibu baru, cuba untuk ambil masa 10 – 15 min setiap hari sendirian untuk kurangkan rasa stress. Gunakan masa ini dengan bijak, seperti rendam dalam air mandian panas, atau nikmati minum petang yang enak. 
Harap dapat melegakan kebanyakkan ibu di sana. Anda tidak bersendirian! 
Dr Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi 

Wednesday, August 2, 2017

Mendalami Penyebab ADHD dan Autism – part 2

Mendalami Penyebab ADHD dan Autism – part 2



TEORI ASID PROPIONIK
Satu lagi teori yang disebut oleh pengkaji ialah mengenai teori asid propionic. Gangguan mikrobiota dalam usus meningkatkan penghasilan “short-chain fatty acid” yang bernama asid propionic. Ada bermacam jenis short chain fatty acid, seperti asid propionic, butyrate, dan setiap satu akan memberi impak berlainan. Ia memainkan peranan dalam menyokong sistem imun badan. 
Asid propionic, walaubagaimanapun, apabila dijumpai dengan kadar yang berlebihan, boleh menggangu perjalanan matabolik dan imun, ekspresi gen, dan “synaptic plasticity”, yang konsisten dengan keadaan yang dijumpai dalam ASD dan masalah otak yang lain.
CELL-DANGER RESPONSE
Teori ketiga yang disebut ialah cell-danger response (respon bahaya sel). Teori ini diketengahkan oleh researcher Robert Naviaux. Respon adaptif ini adalah normal, di mana sel badan akan bertindak untuk mempertahankan diri pada ancaman. 
Contohnya, jika kita berdepan dengan singa, jantung akan berdegup kencang, supply darah ke otot akan meningkat, nafas akan laju, oksigen akan bertambah, ini semua keadaan untuk menyiapkan diri untuk berlari dan menyelamatkan diri.
Masalah yang timbul adalah apabila keadaan “fight-or-flight” ini berlaku pada setiap masa (stuck), dan menjadi kronik. Keadaan ini sering terjadi di dunia moden di mana banyak perkara yang menjadi stimulasi stress, dan mengaktifkan mode “fight-or-flight” dengan selalu. 
Respon adaptif yang sepatutnya berguna untuk jangka masa pendek (short term) atau ‘immediate term’, boleh menjadi masalah apabila aktif untuk jangka masa lama (long term).
Keadaan ini boleh mengganggu banyak sel dan fungsinya.
Sekiranya sel sel dalam badan tidak berfungsi dengan betul, otak juga akan terganggu.
Akhir sekali, perubahan ini semua dijangka akan menggangu fungsi mitokondria. Mitokondria ialah “power plant” sel sel, dan dysfunction dari mitokondria adalah salah satu mekanisma biasa yang dijumpai dalam ASD, ADHD dan banyak masalah yang lain.
Tiada satu penyebab utama
Banyak penyebab yang boleh membentuk seseorang mendapat ASD / ADHD. Jadi tidak adil untuk memberi satu protokol kepada semua dengan masalah ini, kerana penyebabnya boleh berlainan untuk 2 orang dengan masalah yang sama. 
Kunci area untuk disiasat;
STATUS NUTRISI.
Pastikan pemakanan penuh nutrisi, dengan sumber zink, copper, choline, b12, iron, folate, citamin A. Vitamin D yang mencukupi juga adalah penting. Ini semua boleh didapati dalam pemakanan, namun ada juga kes yang memerlukan makanan tambahan (supplement), dan juga pendedahan pada matahari. 
PENDEDAHAN KEPADA TOKSIN.
Pendedahan pada toksin adalah salah satu penyebab ADHD, dan ada banyak kajian yang menyokong konsep ini. Jadi kurangkan pendedahan pada toksin di dalam makanan, dan persekitaran secara umum, juga amalkan detoks yang selamat dan pastikan juga sistem untuk detoks adalah sihat. 
(Cara untuk detoks boleh baca di sini: https://chriskresser.com/environmental-toxins-steps-for-de…/)
LOGAM BERAT (HEAVY METALS).
Ramai anak anak dengan ADHD mempunyai pendedahan pada logam berat, terutamanya mercury, arsenic, lead, dan cadmium. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan Hair Tissue Mineral Analysis (HTMA). Jika dapat dikenalpasti, lebih mudah untuk membuat rawatan.
(Boleh PM page untuk bertanya lebih lanjut mengenai HTMA).
MIKROBIOM USUS.
Mikrobiom usus ialah fokus utama yang harus disentuh. Hubungan usus-otak adalah sangat penting, jadi pastikan usus sihat. Makan makanan yang tinggi probiotik (fermented / ditapai), dan juga prebiotik (makanan kepada probiotik, juga meningkatkan penghasilan butyrate -> kurangkan asid propionic).
ANTIBIOTIK.
Kurangkan penggunaan antibiotik sekiranya boleh dielakkan. Kebanyakkan sakit bermula dengan virus, dan virus adalah self-limiting (akan sembuh sendiri dalam masa yang sama, dengan atau tanpa antibiotik). Alternatif yang boleh dilalukan ialah tingkatkan sistem imun badan sendiri, ambil vitamin dan makanan sihat untuk percepatkan badan melawat penyakit. 
Keadaan mengancam nyawa dan memang infeksi yang memerlukan antibiotik haruslah dikecualikan. 
ACETAMINOPHEN.
Agak kontroversial, tapi anak-anak atau ibu mengandung yang terdedah dengan ubat ini telah dikaitkan dengan ASD dan ADHD. Nasihat saya, elakkan jika boleh.
DIET.
Hadkan karbohidrat dan kanji boleh membantu reset mikrobiota usus dan kurangkan penghasilan bahan kimia yang mengganggu fungsi otak. Namun yang lebih penting ialah pastikan anak anak dapat makanan yang tinggi nutrisi dan sihat.
AKSIS HPA.
Menyokong aksis hypothalamic-pituitary-adrenal adalah juga penting. Circadian entrainment ialah penting kepada kanak-kanak, dan juga dewasa, maksudnya tidak mendapat pendedahan pada lampu pada malam hari yang terlampau banyak, tidak menggunakan ipad di katil, handphone di luar bilik semasa tidur, pastikan dapat pendedahan matahari yang mencukupi pada siang hari, tidak terkurung di dalam rumah seharian, tangani stress – boleh ajar teknik bernafas dalam (deep breathing), atau teknik lain untuk kurangkan stress. 
Stress adalah faktor yang penting dalam disfungsi mitokondria, yang menyebabkan banyak masalah lain.
FUNGSI MITOKONDRIA.
Boleh lakukan pemeriksaan sekiranya ada infeksi. Boleh juga fikirkan penggunaan makanan tambahan (supplement) seperti CoQ10, ubiquinol, PQQ, creatinine, L-carnitine, B-vitamins, yang juga dikenali sebagai mitochondrial cocktail.
Harap terjemahan point penting artikel ini dapat membantu ibu bapa semua. Kita perlukan ilmu untuk melindungi kesihatan masa depan generasi akan datang. Semoga anak anak kita dapat kehidupan yang berkualiti tinggi sepanjang umur mereka, insyaAllah.
diterjemahkan oleh Dr. Aimi Jaafar, Klinik Taqwa Bangi (016-2894717)
artikel asal oleh Dr. Chris Kresser
https://chriskresser.com/resolving-the-underlying-causes-o…/

Tuesday, August 1, 2017

Mendalami Penyebab ADHD dan Autism – part 1


Mendalami Penyebab ADHD dan Autism – part 1
Kes ADHD dalam masa 1 dekad ini memang sudah meningkat secara drastik. Menurut CDC, 11 peratus dari kanak-kanak mengalami ADHD, di mana ianya 42 peratus lebih tinggi dari 8 tahun sebelum ini. 6 peratus dari kanak-kanak mengambil ubat untuk ADHD, dan kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk didiagnos dengan ADHD berbanding perempuan. Masalah ini menjadi semakin besar.
Faktor persekitaran memainkan peranan
Peningkatan yang mendadak ini tidak boleh dipersalahkan pada genetik semata-mata, kerana gen tidak berubah dengan cepat. Faktor persekitaran juga ada sahamnya. 
3 faktor kritikal yang menggangu fungsi otak
Rujuk kepada kajian ini 
“Enteric Ecosystem Disruption in Autism Spectrum Disorder: Can the Microbiota and Macrobiota Be Restored?”.
http://www.eurekaselect.com/145349/article
Kajian ini menyatakan Autism Spectrum Disorder (ASD), ya memang ASD dan ADHD bukan masalah yang sama, tapi penyebabnya ada banyak persamaan. Dan kita tahu juga, bahawa kedua – dua masalah ini mempunyai masalah dengan fungsi otak. 
Faktor #1: Kepupusan mikrobiom 
Hipotesis “kepupusan mikrobiom” mengatakan, perubahan mikrobiom adalah akibat dari penambahan hygiene dan menyebabkan hilangnya helminths, parasit, dan organisma lain yang selama ini hidup berpuluh ribu – atau juta tahun bersama-sama manusia, yang membantu untuk meregularisasi dan menstabilkan sistem imun kita. Kehilangan organisma ini dikatakan bukan sahaja menyebabkan masalah autoimun, tetapi masalah seperti ASD dan ADHD, juga masalah masalah lain.
Faktor #2: Stimulasi persekitaran
Di antara faktor yang berkaitan termasuk;
- pemakanan yang tidak sihat
- pengambilan makanan berproses yang berlebihan (termasuk gula putih)
- kekurangan vitamin D
- pendedahan terhadap antibiotik secara berlebihan
- pendedahan kepada acetaminophen (sejenis ubat demam)
Sekiranya stimulasi persekitaran di atas terjadi pada waktu kritikal, terutamanya sewaktu otak anak-anak sedang berkembangan di awal usia, mereka boleh mendapat efek jangka panjang.
Faktor #3: Predisposisi genetik / epigenetik
Kenapa ada anak anak dengan faktor 1 dan 2, tetapi seorang mendapat ADHD / ASD, seorang lain tidak? Ini disebabkan predisposisi dari genetik / epigenetik anak. Sebab itu ada yang mendapat masalah seperti ADHD, ada pula mendapat penyakit autoimun seperti Chron’s disease, atau sesuatu yang lain. Trigger boleh jadi sama, namun respon badan seseorang boleh berlainan tergantung pada faktor predisposisi genetik / epigenetiknya.
akan disambung lagi..
diterjemahkan oleh Dr. Aimi Jaafar, Klinik Taqwa Bangi (016-2894717)

PLANTAR FASCIITIS

Pernah tak anda bangun pagi, tapak kaki rasa sakit sangat untuk beberapa langkah pertama? Itu adalah salah satu tanda yang sering dialam...